Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Saturday, August 14, 2010

Selamat berpuasa untuk semua umat Islam

Assalamualaikum..........
memang seronok bila dah ada blog sendiri.untuk rakan-rakan, boleh mengunjungi blog saya.Hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa.Alhamdulillah kita telah diberi kurniaan untuk mengerjakan ibadah ini. Bagi seorang ibu yang berpuasa apatah lagi yang masih menyusukan bayi berusia setahun, memang amat mencabar. Sentiasa rasa lapar.Walaubagaimanapun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk berpuasa pada tahun ini. Dua tahun berturut-turut saya melahirkan anak dalam bulan puasa. Tahun ini saya akan balas dendam untuk makan semua juadah istimewa yang tidak terdapat pada hari biasa.

Friday, August 13, 2010

Percutian Di Medan Indonesia

Assalamualaikum.........
Buat pertama kali saya dan keluarga bercuti ke Indonesia. Destinasi yang kami pilih ialah Medan. Percutian ini sememangnya telah dirancang terutama ketika jualan tiket ais asia yang murah ketika itu. Walaupun murah hampir RM2,000 saya menghabiskan untuk tiket dan bayaran pakej ketika di sana. Kami memang memilih menggunakan pakej ketika di sana supaya memudahkan pergerakan kami. Apatah lagi kami sememangnya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. kecualilah adik bongsu yang kerap ke Indonesia. Pendek kata, ketika kami di sana semua aktiviti telah diatur oleh agen pelancongan kami. Agen kami telah melayan semua karenah kami dengan baik. Jika ada raka-rakan yang ingin ke Medan saya memang ingin mencadangkan kepada mereka tentang agen tersebut. memang memuaskan.
Percutian kali ini turut disertai oleh guru-guru sMk Jp shas serta keluarga masing-masing. Seramai 16 dewasa dan 5 kanak-kanak menyertai rombongan tersebut. Kami bertolak jam 915 alam namun kapal terbang kami ditundakan kerana masalah teknikal dan kami berlepas hampir jam 1030 malam. Kami tiba di Medan 45 minit selepas itu. Waktu Indonesia lambat satu jam dari Malaysia. Saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika di sana.

 
Gambar saya dan cikgu Ain sebelum menaiki pesawat.


Perjalanan menuju tempat berlepas
 Ibu saya turut serta dalam percutian kami.
 Suami yang sedang mendukung anak kedua Raisha Syamimi


Saya sempat bergambar di sekitar lapangan terbang. masa ini rasa bersyukur sangat kerana telah selamat mendarat.

Ranainya yang sedang menunggu pemeriksaan kastam di Medan

Di sekitar tempat mengambil bagasi.
Antara bagasi kami sekeluarga.

Suami sedang chek bagasi. 


Teksi di Medan 



Bergabar dengan Dhah
Menunggu hidangan pada malam tersebut. restoran minang.

Pemandangan dalam restoran tersebut.

Kami sekeluarga















ambar ini diambil ketika menginap di Hotel Green garden Brastagi Medan Indonesia. Hotel okey dan yang paling best xde kipas dan aircond.Ingatkan kami akan kepanasan rupa-rupanya cuaca di sana memang sejuk.Lebih sejuk dari cameron highlands. antara koleksi gambar ketika di medan





.

Perkhemahan Bersepadu SMK JP SHAS

          Pada 6-8hb Ogos yang lalu, smk Jp shas telah mengadakan perkhemahan bersepadu.Hampir 250 orang pelajar menyertai aktiviti tersebut. aktiviti disertai oleh pasukan beruniform seperti pengakap, puteri islam, kadet remaja, pbsm dan pandu puteri. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.Nanti saya akan uplod kan gambar-gambar tersebut.

Aktiviti memasang khemah. Semua bergotong-royong mendirikan khemah. Pelajar dibantu oleh guru-guru seperti cikgu Duan, cikgu Wan dan cikgu Ema(tolong tengok aje la).

 Pelajar (saloma) sedang mendokong anak cikgu ema yang sedang sibuk melihat pelajar memasang khemah.
 Sempat lagi diorang berposing. antara pelajar seperti Masitah, azura, nasihah, saloma, ap dan aziana.Mereka memang rajin menjaga anak-anak cikgu ema.
 Cikgu ema yang bersemangat dengan tshirt pengakap. maklumlah orang kuat pengakap.
Lihat tu! Nhat ape yang sedang diajar oleh cikgu wan. jangan ajar ajaran sesat sudah...he3
 
 Gelagat pelajar mencari kayu api untuk memasak. Ada ke kayu api tu??
 Ini hasil khemah yang telah didirikan. Nampak teratur. Agak-agak bertahan ke....