Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Thursday, December 3, 2015

percutian ke Yogjakarta indonesia - Day 1

Terkejar-Kejar Dengan Percutian Ke Yogjakarta, Indonesia


Percutian kami kali ini menjelajah ke salah sebuah bandar terbesar di Indonesia iaitu Jogjakarta. Jika diingat semula memang sesuai sangat dengan tajuk kali ini. Memang terkejar-kejar. Saya sibuk menyiapkan kerjakerja berkaitan SPM. Tapi memikirkan tiket yang sudah ditempah awal dan memikirkan keterujaan sahabat yang lain, saya teruskan juga percutian ke Yogjakarta. Saya kongsikan catatan perjalanan kami dan juga tips yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca di blog saya.

Day 1 (25 November 2015)

Flight delay hampir satu jam. Nasib baik 1 jam. Jika berjam memang hangin satu badan. Nak sangat tiket murahkan.....(gelak sopan). Jam 345 ptg barulah kami menaiki flight sepatutnya jam 320. So lewat 30 minit sahaja. Cuaca buruk sebelum kami mendarat. Tapi alhamdulillah selamat. Jam 6 ptg mendarat di Jogjakarta. 

Airport tak berapa besar sangat. Sekejap je kami dah melepasi pemeriksaan imegresen. Bila keluar, 
ermmm....ramainya supir-supir yang berebut menawarkan perkhidmatan mereka. Kami pun tawar menawar tapi sebelum tu kami menikmati makan malam di restoran AFC di airport. Satu lagi wifi memang free di sini. So apa 
lagi sambil makan kami menggunakan wifi untuk bertanya khabar orang-orang yang kami tinggalkan di Malasia.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak mengambil mana-mana agen atau pakej. kiranya main redah aje. Macam biasalah, kami hanya akan mengambil pakej sebaik sahaja sampai di tempat yang kami tuju atau pakej dengan hotel yang kami menginap. Pak supir yang membawa kami ke hotel ialah Pak Henry. Itupun setelah kami berbincang dgn. harga yang sesuai di airport. Berdasarkan pembacaan saya dalam blog yang lain menyatakan kadar bayaran ke hotel di area Malioboro hanya idr 100000 bersamaan RM30.00. Kami bersetuju dan mengambil Pak Henry sebagai supir kami sepanjang berada di Yogjakarta. Berbudi bahasa dan nampak baik sahaja. jika ada rakan-rakan yang inginkan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong, boleh je contact Pak Henry. memang memuaskan.

Kami menginap di Pop Hotel Gandegan. Hotel ni tak berapa jauh dari jalan malioboro yg terkenal tu. Tepat jam 8mlm kami dab tiba di hotel. Bilik utk 2 org tp kami bertiga. Takde masalah. Cuma sempitla....tido berhimpit2 plk. 3hari 2 mlm kami membayar 600000 idr. Dlm rm180 utk sepanjang penginapan di sini.