Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Tuesday, June 9, 2015

Krabi Thailand 2015 Part 3

Part 3......

 Awal-awal pagi kami menikmati sarapan pagi. cari nasi lemak yang pak cik tu jual xde la plk. gerai dia utup so terpaksalah makan di gerai yang menjual air tu. nasi grg cina. xde sambal. xpedas. so mmg xde selera. saya order kopi ice. mmg kaw. tak xterlawan dgn kopi kat vietnam. lagi sedap kopi vietnam tau.

tunggu kedatangan kawan baru kami si madi dan suaminya usop. memang xsangka. tiba di krabi kami ditemukan dgn sepasang suami isteri yg memang baik. diaorang baru sj kawin. tgh honeymoon. kami mengambil pakej yang sama iatu elepant. pakej half day ni ambik dgn hotel je. 450 bath utk dewasa dan 200 bath utk kanak-kanak. pakej half day ni ok jugaklah. menaiki gajah dalam sejam. rasa kesian pun ada. rasanya jika ada pakej spt ini, tak sanggup plk nak naik. kesian amat. selepas sesi menaiki gajah selama sejam, kami melihat elepant shor. seekor gajah yang beruur 3 tahun. cerdik sungguh gajah tu. menari, duduk dan banyak lagi aksi gajah yg dipertontonkan.








selesai half day pakej, kami mencari kedai untuk menikmati makan tgh. dgn bantuan hotel kami singah di sebuah kedai muslim. tn kedai boleh berbahasa melayu. pakej makan utk 2 org 220 bath (nasi putih 3. sayur dan ikn goreng utk 2 org makan, air mineral dan kopi ice). bolehla asalkan halal. ulam2an pon disediakan. sambal pun ada.

selepas menikmati makn tgh kami menyewa sebuah bas mini untuk berjalan sekitar bandar krabi. nasib kami baik pemandu bas mini menawarkan perkhidmatan untuk membawa kami ke bandar krabi, tempat ikan nemo yang glamour tu, fosil beach utk membeli cenderahati. dapatlah kami bergambar di crab yang menjadi tarikan org bergambar jika dtg ke krabi. memang besar crab tu. kami di bawa ke fosil beach. di situ memang agak jauh dari org ramai namun cenderahati agak murah berbanding di depan hotel penginapan kami. tshirt untuk kanak2 di fosil beach hanya 50 bath berbanding di depan hotel 80 bath. tshirt dewasa 850 bath. saya membeli 4 helai baju dewasa dan 4 helai kanak2....



|
Antara pemandangan di Pantai Fosil. T-shirt memang murah di sini daripada di Pantai Aonang


Gambar ini pula di tengah-tengah bandar Krabi. Berpeluh mencari ketam nie.






Krabi part 2

kita bersambung semula dalam part 2......

Rabu (3 jun 2015)
jam 6 waktu malaysia kami dah terjaga. agaknya tempat baru so x berapa nak lena tidur. raisha dgn nyoh rasanya lena aje tidur. tetibe teringat kat my hero tu Qin dan rayyan. diaorang tinggal dgn ibu mertuaku. hihi. sistem giliran kali ni hanya bawa kakak aje. semalam kami sempat berwasap cal. diaorang tido rumah nana rupa2nya...patutlah seronok semacam. 

jam 730 kami dah keluar dari hotel untuk mencari breakfast. masih lagi di sekitar masjid. nasi lemak versi thailand dan juice mangga. Perh sedap sangat. juice mangga 50 bath dan nasi lemak pun 50 bath. semua 100 bath = rm10. 

830 pagi kami menunggu agen untuk membawa kami menjelajah 7 pulau termasuk phi phi island yang dikatakan cantik sgt tu. cuaca memang panas. seluruh muka, tangan dan kaki kami dah lumur dgn cream anti sunburn. habis lah hitam anak dara ku nanti.

dengan menaiki bot laju perjalanan mengambil masa 45 minit untuk tiba di phi phi island. pulau yang dijadikan lokasi pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio. Subhanallah, memang cantik. patutlah semua org teruja nak dtg pulau ni. okey nasib baik xde en suami dtg. hihi....pakej bersantai kat pulau ni mmg best. dihidangkan dgn aksi minah saleh yang seksi giler. aku tgk pon naik segan....

lupa nak bagitahu, pakej yang kami ambil untuk 7 pulau ni hanya 900 bath=90 hengget dan kakak 70 bath=70 hengget tapi mak nyoh belanja rm10. tq mak nyoh.....bila kami borak-borak dengan rakan-rakan dalam bot, ada yang berbeza harga pakej. ternyata pakej kami lebih murah...hihi. tq blog-blog yg banyak membantu kami mencari pakej. kebetulan pakej kami ni kami ambil melalui org yang menjual cenderahati depan hotel. budak tu fasih berbahasa melayu. mengaji di sek pondok di kelantan. sebab tu fasih dia berbahasa melayu. muka dia plak sama macam ex student aku si zahirudin. kakak budak tu bekerja dgn agensi pelancongan di krabi. memang ok lar. 

Krabi, Thailand Part 1

Assalamualaikum....

Bertemu kita dalam catatan perjalanan ke Krabi pada 2 - 5 jun 2015 yang lalu. Alhamdulillah, perjalanan ke Krabi amat mudah kali ini. tiada halangan dan tidak terkejar-kejar. Percutian kali ini saya ditemani oleh sahabat baik saya atau merangkap adik angkat (cewah) tapi memang betullah. Memang dialah sahabat dan rakan yang rapat dengan saya di sekolah. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Syahida@Nyoh. Ha2 ...kekal dengan nama tu. 

Kami bertolak pada 2 Jun 2015 jam 9.00 pagi dari Temerloh. Kami menaiki kereta Nyoh kali ni. Sempat jugak saya singah di UKM (bahagian bendahari) untuk membuat pengesahan sebagai student UKM. Hajat nak memohon Mybrain. Tak tahulah berjaya atau tidak. Kita aply je kan. Lepas tu singah sebentar di Kajang untuk tukar duit. Tukar Rm450 dahulu. Dalam blog mengatakan tukar di Krabi lebih rendah nilainya. Dapatlah lebih kurang 4000 bath kalau xsilap. Setel tukaran wang terus ke rumah sahabat saya Tn. Azlina di Taman Sutera Kajang. Hantar kasut dan barang-barang Nuha yang tertinggal di rumah saya pada hari Sabtu yang lalu. 

Jam 12.00 tengahari selesai semua urusan. Terus ke Putrjaya Sentral untuk parking kereta dan naik Erl ke Klia2. Nampaknya kereta Nyoh terpaksa di parking di kawasan terbuka. Parking berbumbung penuh. Jam 1 petang kami menaiki Erl dengan harga RM6.20 dewasa dan kanak-kanak RM3.00. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. jam 130 petang kami dah tiba di Klia2. Kami menikmati makan tengahari di Foodcourt Klia2. Nasi ayam yang aku rasa lebih sedap aku masak sepinggan RM9.90 terpaksa makan beb. mahal. kalau sedap berbaloi jugak. ermmmmm. Air mineral yang tidak berjenama pulak rm2 hengget. sakit hatiku...moralnya jangan la makan kat klia2 nie. 

Flight kami jam 415 petang. Delay dalam 30 minit akibat cuaca yang tidak memuaskan. Syukur perjalanan yang mengambil masa 1 jam berjalan dengan baik. sempat jugak anak daraku Raisha Syamimi yang menyertai percutian kami ni menikmati nasi lemak pak nasir dalam flight. walau mahal aku xmerungut pun sebab memang sedap. Hihihi....

Masa di Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia. so pkl 440 masa Thailand kami selamat menjejakkan kaki di Krabi. Airport Krabi kecil sahaja. pelancong Malaysia memang ramailah.  Mat salleh pon ramai. saya berkejar menaiki bas untuk ke Aonang, Krabi. tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti pantai dan sebagainya. Harga tiket bas 150 bath = RM15 hengget . tetapi yang nak menaiki teksi pon boleh je dengan harga 600 bath = 60 hengget. Bas yang kami naiki semuanya ok. Bersih dan aircond sejuk. Kita hanya memberitahu hotel penginapan kita dan peandu bas akan memberhentikan di depan hotel. hampir 630 ptg kami sampai di hotel. Cek in pun berjalan lancar. tiada masalah. Bilik yang kami tempah memang terbaik. katil besar. cukup untuk memuatkan kami 2 dewasa dan sorang kanak-kanak.

Kami bersiap-siap untuk mandi dan solat. Jam 830 malam kami keluar untuk mencari makan malam dan membeli sedikit sevournior. Petugas hotel di Goodwill Hotel mesra pelanggan. sempat jugak dia memberitahu apa yang ada di sekitar hotel kami. Jika rakan-rakan yang dtg ke krabi, bolehla membeli cenderahati yang agak murah berhampiran masjid krabi. ada pasar malam yg menjual cenderahati. harga kena tawar dan yg penting tshirt di sana juga berkualiti. TAPI sebenanrnya ada tempat menjual cenderahati yang murah cuma bkn terletk di area aonang  ok. nanti saya akan ceritakan . Anda juga boleh menikmati makan malam di sepanjang jalan depan masjid berhampiran goodwill hotel kerana semuanya halal. mereka juga boleh berbahasa melayu.

makan malam hari nie nasi goreng tomyam dan juice epal. semuanya 160 bath = rm16.

jam 11 malam kami kembali ke hotel untuk tidur....yehhhhh. 

krabi