Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Monday, October 18, 2010

Langkawi 2010

Lagi 3 hari kami akan bertolak ke Pulau Langkawi. Teringat kenangan tahun lepas, kami ke sana menaiki kereta tapi sampai Kuala Perlis je la.Penat memangla tak payah cerita, shoping pun sikit je coz xmuat nak bawak banyak barang. Kali nie kami akan ke sana lagi tapi menaiki bas. lawatan kali ini disertai para pelajar dan guru SMK JP SHAS. lagipun wekend nie cuti Birthday Sultan Pahang. kami ke sana dari 22-25 Oktober 2010. So tunggula nanti saya akan uplod gambar-gambar yang menarik k. Pada 22hb Oktober 20101 kami bertolak pada jam 11 pagi ke Pulau Langkawi. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Firdaus Zainuddin. Kami berhenti di Masjid Kerdau untuk solat Jumaat dan setelah selesai bas bertolak. Malang tidak berbau, bas kami rosak ketika hendak menyambung perjalanan. Sabar ajela....Bas ganti datang hampir jam 4 ptg. Pemandu bas ok dan  kami teruskan perjalanan. kami tibe di jeti jam 530 pagi. Solat subuh dan mandi sementara menunggu feri, kami bersarapan.

Lihatlah aksi anak-anak pelajar yang sedang menanti feri untuk ke Pulau langkawi.
Pagi-pagi buta dah sibuk bergambar..he3Bagus, beratur


Nie dalam feri

Peace...nie anak pelajar dalam feri menuju ke Pulau Langkawi.kami menaiki feri jam 715 pagi. Kami tiba di Pulau Langkawi jam 815 dan disambut oleh Pegawai koperasi pembangunan Pulau langkawi iaitu Encik tarmizi. Kami mengambil pakej untuk memudahkan pergerakan di sana. Kami terus memulakan aktiviti kami iatu lawatan ke kilang gamat.

inilah pemandu pelancong kami ketika di Pulau Langkawi.
tengok, tengah berasap gamat tu.
Inilah hasil minyak gamat yg telah siap di bungkus. Kami juga telah diberi cenderahati oleh pihak kilang kerana kami sudi melawat kilang tersebut. apatah lagi ramai yg shoping minyak kat sana.


Tengok anak dara aku nie, pandainya berposing.

selepas shoping di kilang gamat kami di bawa ke Water World Langkawi. Tempat spesis burung, ikan, piguin dan cicak tokek pun ada. Itu ikan pari.Besarnya, kata Rizqin.Hampir satu jam setengah kami di sana. Hampir jam 12 tengahari kami di bawa menjamu selera di restoran ntah.Lupa nama restoran tu.Tapi mmg best ada ikan bakar. berhampiran dengan beras terbakar.
Sempat lagi kami berposing di Water World.

antara view di water world.

Pinguins
kawasan beras terbakar. kami tidak mengambil masa yang lama di situ dan lokasi seterusnya di Kota Mahsuri.

Di pintu masuk kota.

Gambar di hadapan rumah mahsuri.
Ini antara guru pengiring yang menyertai lawatan. Terima kasih cikgu Suzie dan cikgu Afida.
Wah! Duduk bersembang di bawah rumah mahsuri.Itulah dia Ustaz firdaus(Adik Haji) bersama pelajar Amirul Rizal Omar. Aktiviti kami berakhir jam 3 ptg dan semua pulang ke bilik penginapan utuk chek-in. Selepas ini aktiviti bebas. Bilik??Sedih coz kecil. Next year kalau pergi lagi harap En. tarmizi tak bawak kami ke penginapan nie.Hu3
Aktiviti malam tu bebas. aku bawak group membeli belah ptg n malam.sempat lagi malam tu kami ke terminal jeti utk makan kfc. Sambil tu, bawak anak-anak bermain kereta.

Aktiviti pertama utk hr kedua ialah Kilim Geopark n Mangroove. Kami di bawa melihat burung helang, ikan sangkar, dan pulau berdekatan seperti pulau kasut.
Burung Helang

Di sangkar ikan. Lihat tu aksi memberi makan ikan pari. Jinaknya...
Pelbagai jenis ikan yang jinak antaranya ikan pari dan yang paling menarik ialah ikan sumpit.Sempat lagi kami posing.

Sedang menanti ikan sumpit. Ikan tu akan menyumpit makanan yang kita bagi.



Gua Kelawar merupakan destinasi seterusnya.

Lokasi Galeria perdana menjadi tumpuan kami seterusnya.
Sekitar Cable Car. Di Zoo mini cable car sebelum kami menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang.
Aksi cikgu Zul yg gayat....Jgn marah ha...Selepas menaiki cable car kami meneruskan aktiviti iaitu shoping di Idaman Suri. Xsempat nak ambik gambar kerana xcited membeli belah ha3.
dataran helang, merupakan destinasi terakhir lawatan kami di situ.....
 Malam tu kami makan malam di dataran helang. Keesokannya kami menaiki feri jam 9.00 pagi dan terus menuju ke padang Besar.
Setakat itu sahaja cerita saya untuk tatapan semua.Insyaallah, tahun depan cikgu akan membawa pelajar-pelajar ke tempat yang lain pula.

No comments:

Post a Comment