Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Thursday, November 25, 2010

Jamuan Makan Malam Akhir Tahun 2010 SMK JP SHAS Jerantut

            Setiap tahun memang menjadi kemestian bagi SMK Jp Shas mengadakan jamuan akhir tahun. Biaselah jamuan akhir tahun itu di organisasi oleh KGS dan dibantu oleh PIBg(hanya memberi sumbangan hadiah kepada guru yang bertukar).Pada mulanya, jamuan akhir tahun mendapat pelbagai halangan terutama dari segi tarikh dan masa. Maklumlah, apabila hujung tahun ramai guru yang mempunyai tugas seperti menjaga peperiksaan dan menanda kertas.
            Akhirnya sepakat bersetuju mengadakan pada 15 november 2010 jam 8.00 malam bertempat di Rainforest Resort. Tetamu yang hadir (hu2 ha2 he2) memang tidak ramai. Ada alasan kot :(... tahun ini nampaknya hambar.kenapa??Hambar dari segi promosi. Tahun depan kena ubah sikit ye. perlu bawa keluarga baru meriah.majlis dah grand sangat tapi kalo setakat xsampai 30 orang buat ape...menyedihkan......Tahun ini tidak ada tema yang ditetapkan dan tidak ada persembahan dari guru2 yang mantap2 macam tahun lepas.Kenapa??Kareografer dah tak ngam.....perlu perbaiki hubungan sesama islam..he3

Ini antara juadah pada malam itu. tengok tu, sampai pasu besar jadik hiasan pada malam tu.
    
Ini antara dekorasi dari pihak resort. memang cantik. sebab itulah setiap tahun kami adakan di sini. Terima kasih.
  

    Aksi bakal pengantin baru.


                                                     
Antara guru dan staf yang hadir.

Pesanan terakhir sir razmi kepada guru-guru yang bertukar.(Nyoh n kak lily tu sj tumpang sekaki. D.org tu xtukar pun)
 
Antara kenangan bersama rakan setugas. Cikgu Ain yang bakal bertukar ke Mersing Johor.



Majlis malam tu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Faiz Hanafi.


Pengetua En. Lukman Yatimi Ahmad memberi sedikit ucapan.


Tidak sah kalau tidak ada hadiah. Hadiah untuk guru yang bertukar dan guru gstt yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada tahun ini. Terima kasih wan, mad s, mad z, afida,akma(xde mlm tu),dan fad.
Sesi pertukaran hadiah. Asik cara mcm nie je kan. nanti kita tukar cara lain plak. Mungkin kita guna stail xperlu balut hadiah. Bila kena pusingan kita, kita kena beritahu kenapa relevan kita bagi hadiah itu.
 
Walaupun membawa anak kecil, tetap maintain.....Cikgu Ema dapat hadiah daripada cikgu Aiwa.

ha2 akhirnya hadiah cikgu ema jatuh kepada cik tiekay. ade cerita di sebalik hadiah itu. Tengok beg pasti dah tau mahal tu.....Ok cik tiekay gunakan hadiah saya dengan berhemah.
Senyuman Cikgu Hamsana yang dapat bertukar.
Antara cikgu syahidah dan En Azri
Hadiah apela yang besar sangat tu. Hadiah kena besar baru sesuai dengan empunya diri..he2 jangan marah ustaz n wan
Hadiah daripada sahabat baik pasti menjadi kenangan.
Sabar ye As, Kita masih di sini...di Jp shas. Tengok peah tu ..steady aje
Gandingan yang mantap antara Koko. Dan GPk pentadbiran....
Selamat bertukar kak wan...
Gandingan mantap


No comments:

Post a Comment