Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Saturday, April 11, 2015

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan UKM kali Yang Ke-4 di IPG Batu Lintang Serawak


 Hari Pertama

Seminar kali ini disertai hampir 40 orang pelajar Sarjana dan PHD. Tiket ke serawak awal-awal telah dibeli. Saya, Jun dan Wawa turut serta dalam seminar kali ini. Syukur, saya mendapat cuti CKS selama 2 hari dari pengetua dan JPN. Baru pertama kali saya gunakan CKS. Masa siapkan Sarjana dulu tak pernah pun aply sebab tak tahu. Pihak pentadbir sekolah lagi lah tak tahu. Sekiranya para guru yang ingin mengambil CKS, pastikan permohonan dibuat seawal sebulan sebelum tarikh seminar. Cuti CKS juga boleh diambil untuk exam, bengkel dan sebagainya. Boleh rujuk melalui kerani sekolah atau pun JPN bahagian perkhidmatan. Urusan dengan pihak JPN Pahang amat mudah. Tarikh 5-8 Mac 2015 dipilih untuk seminar kali ini. Memberi peluang kepada rakan-rakan di sana untuk menguruskan seminar kali ini.
Flight kami jam 12.00 tgh. Macam biasa sempat lagi posing sementara nak berlepas


janji dengan 2 orang makcik-makcik nie kat McDonald Klia2.
Dalam flight. Duduk sebelah Kak Jun
Minum dulu dengan Yun dan Wawa
Minum dulu sementara menunggu bas dari IPG
Antara ahli seminar yang sampai awal


Sesi bergambar selepas taklimat
pendaftaran penginapan  di IPG



makan malam
terima kasih kepada pihak asrama di IPG















Hari Kedua
Seawal jam 7.00 pagi kami telah berkumpul untuk program Lawatan ke SK Bau. Kami bersarapan di pekan Bau. Kecil sahaja pekan Bau nie. Makanan murah. Tujuan ke SK bau untuk mengadakan tinjauan berkaitan p&p Bahasa Melayu di sana.


Sarapan pagi di Pekan Bau
pamplet seminar
sebelum bertolak ke SK Bau
  
Taklimat dari pihak sekolah


Posing di pekan Bau

Prof. Madya Dr. zamri Mahmood dan Pengarah IPG Bt. Lintang


Seminar kali ini dirasmikan oleh Pengarah IPG Batu Lintang. Jam 3.00 petang seminar dimulakan dan berakhir jam 10.00 malam. Selepas perasmian, kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Sarjana dan PHD. Saya menjadi pengerusi majlis dalam kumpulan Sarjana.



Seminar berakhir jam 8.00 malam dan kami terus menikmati makan malam di kafe IPG. Jam 8.30 malam kami terus ke Waterfront untuk meneruskan agenda seterusnya......

nie lah agenda seterusnya



pastinya di kedai kek Dayang salhah m,enjadi pilihan


promosi nampak....