Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Thursday, April 19, 2012

program guru penyayang

http://www.youtube.com/watch?v=gmDQOliIDm8Seawal jam 6.45 pagi, semua guru dan staf telah bersedia menunggu ketibaan pelajar. Pelajar telah disambut dengan senyuman dan juga ucapan salam sitidari guru-guru

Tuesday, April 10, 2012

MERENTAS DESA 2012

Tempat : SMK JP SHAS
Masa : 8.00 Pagi

Bertempat di dataran SMK JP SHAS, larian merentas desa telah dijalankan oleh Unit Kokurikulum. Seramai 300 pelajar ting. 1 hingga ting. 5 telah menyertai larian tersebut. Bertemakan Kecergasan Membina Insan Cemerlang, amat bersesuain dengan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum pada tahun ini. Akhir kata tahniah kepada pemenang dan yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun akan datang.....


 

My Birthday 2012

12 Feb 2012, kami seramai 50 orang ahli keluarga Smk Jp shas telah menyertai perkhelahan di Kem Nusa. Aktiviti ini dianjurkan oleh KGS. Walaupun perancangan dalam masa yang singkat, namun aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kami sempat menikmati BBQ ikan talapia, daging bakar dan macxam-macam lagi. Memang sedap ditambah lagi dengan kuah air tangan ustaz Faez n Dhah. Itu baru air tangan kalau air kaki.....ha2 gurau je.....Sempat juga saya dan Cikgu Lily memotong kek sempena hari lahir kami berdua yang jatuh pada 8 Feb .... Selamat hari Lahir buat kami....



Makan Malam Akhir Tahun SMK JP SHAS 2011

Makan Malam Akhir Tahun SMK JP SHAS 2011

Tarikh : 16 Nov. 2011
Tempat : Rainforest 
Masa : 8.00 Malam
Sempena Majlis Jamuan Makan Malam pada tahun ini, kami barisan AJK KGS telah bersepakat memilih tema Arabic dalam majlis tersebut. Memang meriah majlis tersebut. semoga tahun 2012 nanti AJk Kgs dapat mengatur majlis yang lebih baik lagi......Tahniah KGS 2011

 

Thursday, March 29, 2012

Majlis Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas peringkat Sekolah 2012

Tarikh : 28 Mac 2012
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa 7.40 Pagi


 
KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
 SMK JP SHAS
2012
1.0 Pengenalan
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat di antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.0 Matlamat
Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Di samping itu juga pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.

3.0 Objektif
1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu di mana setiap bilik darjah dikehendaki             menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam kelas
4. Membina semangat persaingan yang sihat di antara kelas-kelas
5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah. 

 
JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Pengerusi                     :           En. Romely Bin Omar (Pengetua)
Timbalan Pengerusi     :           En. Razmi Bin Omar (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1         :           En. Asian Bin Abd. Wahab
Naib Pengerusi 2         :           En. Mohd Romdzi Bin Jamaludin
Setiausaha                   :           Pn. Rahimah Binti Sabtu
Pen. Setiausaha           :           Pn. Siti Asadihah Binti Abdullah
Bendahari                    :           Cik Idayati Binti Ahmad

AJK
Protokol & Sambutan :           En. Romely Bin Omar (Pengetua)
                                                Semua GPK
                                                Semua Ketua Bidang
Jemputan                     :           Cik Haryati Binti Mohd Khonopiah
Buku Program             :           Pn. Suzilawati Binti Jusoh
Siaraya/Alatan             :           En. Mohamad Fadli Bin Mat Husain
Percetakan                   :           En. Zulkifli Bin Kesah
Persiapan Tempat        :           En. Mohd Zulkalnain Bin Abdullah
Banner / Dokumentasi            :           En. Mohd Faez Bin Hanafi
            &                                 Cik Norashikin Binti Ahmad
       Fotografi                          Pn. Norshidah Binti Johari
Pengerusi Majlis          :           Pengawas Sekolah





TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi         :           Kehadiran AJK PIBG
                        :           Aluan Pengerusi Majlis
                        :           Nyanyian Lagu Negaraku & Warisan
                        :           YDP Diiringi Pengetua Menerima Tabik Hormat Dari Badan                                   Beruniform
                        :           Pemeriksaan Barisan Oleh YDP PIBG
7.45 pagi         :           Ucapan Pengetua
                        :           Ucapan & Perasmian Program Pertandingan Keceriaan Kelas                                   Oleh YDP PIBG
8.05 pagi         :           Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih Sepanjang Jan-Mac 2012
                                    Penyampaian Cenderahati Perasmi
8.20 pagi         :           Nyanyian Lagu Negeri Pahang
                        :           Bersurai
                        :           Jamuan



Monday, January 23, 2012

Jakarta dan Bandung Indonesia

      Pada 22/10/2011 saya dan rakan-rakan telah bercuti ke Indonesia. Selain rakan-rakan, saya turut ditemani suami dan anak yang sulung. Percutian kali ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Percutian kali ini tidaklah menarik sangat kerana kami tidak menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan berbanding percutian ke Medan pada tahun 2010. Kami hanya mengambil supir ketika bercuti di sana. Ditambah lagi dengan supir yang agak tidak memuaskan membuatkan percutian kali ini biasa-biasa sahaja.
      Kami mengambil flight yang pertama dari Malaysia ke Jakarta. Sampai sahaja di Jakarta kami dibawa supir ke Bandung melalui Puncak. Kalau kalian nak tau, Puncak seakan-akan Cameron Highlands. Sempatla saya merasa buah Avacado yang boleh dimakan begitu sahaja. Tapi saya tidak berminat mungkin tidak sesuai dengan citarasa saya.. Saya paparkan sedikit foto-foto yang mungkin dapat kita kongsikan bersama.

masa nie baru sahaj sampai di jakarta

Dalam flight. Untungnya anak mama, umur br 5thn tp dh 4 kali naik flight.
di laur airport Jakarta
Jam 5 pagi kami terus chek in. Kebetulan kaunter telah dibuka.