Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SMK JP SHAS Kali Ke-13 sesi 2011/2012

Alhamdulillah, mesyuarat agung yang lalu telah berjaya dilaksanakan.Walaupun tanpa kehadiran tetamu VVIP namun majlis berjalan dengan lancar.Buat pertama kainya, aku meihat kehadiran ibu bapa hampir memenuhi Dewan Raffesia SMK JP SHAS. Syukur, kerana ibu bapa di sekitar Kuaa Tahan amat prihatin terhadap anak-anak mereka.Apatah agi kaum ibu mendominasi majlis pada hari itu.
Pembukaan sesi sekolah selepas cuti pertengahan semester yang lalu, warga sekolah SMK JP SHAs amat sibuk dengan segaa aktiviti yang dirancang.21 Mac telah diadakan Merentas Desa, 22 Mac diadakan raptai penuh Mesyuarat PIBG, 23-24 Mac sukantara dan raptai perbarisan dan 25 Mac ialah acara awal kejohanan sukan tahunan kali ke-8 JP SHAS.

Selain itu,petang 25 Mac 2011 juga merupakan pendaftaran bagi ibu bapa yang ingin menginap di asrama sekolah sempena majlis yang akan diadakan iaitu mesyuarat pibg dan sukan.malam 25 mac juga turut diadakan ceramah agama bagi memenuhi aktiviti sepanjang program tersebut. Bila bab ceramah agama, sambutan tidak menggalakkan terutamanya dari pihak ibu bapa malahan ramai guru yang tidak menghadiri majlis tersebut. Mungkin penat kerana seharian berada di padang.Apatah lagi komitmen terhadap keluarga menjadi kekangan untuk menghadirkan diri.

Mesyuarat Agung kali ini hanya dirasmikan oleh YDP PIBG En. Abdullah Bin Manan. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Selepas mesyuarat turut diadakan Hari Kecemerlangan SMK JP SHAS yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang memperolehi A dalam peperiksaan Akhir Tahun, PMr serta SPM. Malahan guru cemerlang serta panitia cemerlang turut diberikan hadiah serta sijil.

Majlis berakhir jam 1.30 petang. Semua hadirin menikmati jamuan di dewan makan asrama. Agak menyelerakan walaupun hanya sekadar nasi beriani.dI SINI saya sertakan minit mesyuarat PIBG Kai Ke-13


SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13


TARIKH : 26 MAC 2011
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN RAFFLESIA SMK JP SHAS
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN


AGENDA MESYUARAT
1. Aluan pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan
5. Pembubaran jawatankuasa PIBG 2010/2011
6. Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG 2011/2012
7. Pembentangan usul-usul
8. Ucapan penangguhan


AGENDA
1. ALUAN PENGERUSI

1.1 En. Abdullah Bin Manan selaku Yang Dipertua PIBG 2010/2011 mempengerusikan mesyuarat kali ke-13. Beliau menjemput semua AJK PIBG sesi 2010/2011 yang hadir untuk turut serta di bahagian meja mesyuarat.
1.2 Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru atas kehadiran ke Mesyuarat Agung kali ke-13. Kehadiran kaum ibu lebih ramai daripada kaum bapa.
1.3 Beliau meminta para hadirin merujuk buku minit yang telah dilampirkan.
1.4 Beliau seterusnya menjemput Pn. Rahimah Binti Sabtu selaku setiausaha PIBG kali ke-12 untuk membentangkan minit mesyuarat yang lepas.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Rahimah Binti Sabtu selaku Setiausaha Kehormat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu bapa dan meminta semua ahli mesyuarat merujuk buku minit.
2.2 Beliau membentangkan minit mesyuarat Agung kali ke-12 sesi 2010/2011.
2.3 Berdasarkan minit mesyuarat yang lepas, terdapat 9 agenda yang telah dibentangkan. Beliau menjelaskan agenda tersebut.
2.4 Pengerusi PIBG meminta ahli untuk mengesahkan minit mesyuarat tersebut.
2.5 Cik Haryati Binti Khonopiah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En. Jamil Bin Mat Yassin.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Berdasarkan minit mesyuarat yang lepas, tiada perkara berbangkit yang dinyatakan oleh ahli-ahli mesyuarat

4. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

4.1 Pengerusi menyerahkan kepada Bendahari Kehormat.
4.2 Cik Idayati selaku Bendahari Kehormat telah membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.
4.3 Beliau meminta ahli mesyuarat merujuk penyata kewangan di dalam buku minit. Jumlah penerimaan bagi tahun 2010 sebanyak RM44,701.18 manakala jumlah pembayaran sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak RM37,637.00 dan baki berakhir 31 Disember 2010 sebanyak RM7,034.18
4.4 Pengerusi PIBG meminta pembentangan tersebut disahkan.
4.5 Pn. Nil Husna Binti Kadir Jelani meminta laporan kewangan disahkan dan disokong oleh Cik Norsyahida Binti Zulkifli.

5. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2010/2011

5.1 Pengerusi mengumumkan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010/2011 dibubarkan.
5.2 Beliau menyerahkan kepada ahli mesyuaarat bagi pelantikan AJK PIBG yang baru dan mencadangkan En. Jamaludin Bin Abu Bakar dilantik sebagai pengerusi sementara bagi Mesyuarat Agung kali ini. En. Mohd Ridzuan Bin Abd. Rahim menyokong cadangan tersebut.

6. PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2011/2012

6.1 En. Jamaludin Bin Abu Bakar meneruskan mesyuarat dengan meminta sidang mesyuarat membuat pemilihan jawatankuasa PIBG 2011/2012.
6.2 Sidang mesyuarat telah memilih jawatankuasa PIBG bagi sesi 2011/2012.
6.3 Berikut adalah senarai AJK PIBG yang baru dilantik :


SENARAI AJK PIBG SESI 2011/2012
Yang Dipertua PIBG : En. Abdullah Bin Manan
Naib Yang Dipertua : En. Jamaludin Bin Abu Bakar
Setiausaha Kehormat : Pn. Rahimah Binti Sabtu
Pen. Setiausaha Kehormat : Pn. Siti Asadihah Binti Abdullah
Bendahari Kehormat : Cik Idayati Binti Ahmad


AJK
1. Pn. Wan Jamaliah Binti Wan Abdul Rahim
2. Pn. Noraini Binti Abdullah
3. En. Ali Asra Bin Abd. Rahman
4. En. Abd. Jalil Bin Abd. Rahman
5. En. Jamil Bin Mat Yassin
6. En. Sallehuddin Bin Selat
7. En. Badrul Hisham Bin Md. Isa
8. En.Norzaruddin Bin Sulong
9. En. Amir Jamal Saifuddin Bin Abdullah
10. Tn. Hj. Ahmad Firdaus Bin Zainuddin
11. En. Zulkalnain Bin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira
1. Pn. Rosmah Binti Abdul Rahim

6.4 Ahli mesyuarat PIBG juga bersetuju sebulat suara penandatangan cek terdiri daripada Pengerusi (En. Abdullah Bin Manan), Setiausaha (Pn. Rahimah Binti Sabtu) dan Bendahari (Cik Idayati Binti Ahmad).


7. PEMBENTANGAN USUL-USUL
7.1 Pengerusi meminta Setiausaha Kehormat Pn. Rahimah Binti Sabtu untuk membacakan usul yang telah dicadangkan oleh ibu bapa.

7.1.1 En. Malik Bin Dolah mencadangkan agar pihak sekolah mengambil semula mana-mana pelajar yang tidak bersekolah seperti yang dijanjikan, namun masih belum terlaksana.

Respon Pengetua : Pelajar yang dibuang telah diambil semula, namun pelajar terbabit masih lagi mendatangkan masalah terhadap sekolah seperti masalah disiplin. Sekiranya mereka masih lagi mendatangkan masalah kepada pihak sekolah, pelajar tersebut akan diambil tindakan semula.

7.1.2 En. Wan Shafuan Bin Wan Akil meminta pihak sekolah menyediakan pengangkutan bagi murid-murid untuk keluar ke Kuala Tahan semasa cuti balik kampung.

Respon Pengetua : Pengangkutan pelajar memerlukan kelulusan daripada Suruhanjaya pengangkutan. Sekolah boleh menyediakan pengangkutan namun akan mendatangkan risiko kerana bukan pengangkutan awam.

7.1.3 Pn. Maisarah Binti Doll meminta pihak sekolah mengadakan Program Lawatan Ke Ulu Tembeling (Bukit Mat Daling) sekali pada setiap tahun untuk mengenali keluarga pelajar dengan lebih dekat lagi agar dapat berbincang segala pemasalahan yang berkaitan dengan para pelajar dan dapat beramah mesra di antara guru, ibu bapa dan murid-murid.

Respon Pengetua : Beliau difahamkan bahawa bekas pengetua En. Lukman Yatimi Bin ahmad telah mengadakan program Mudik Ke Hulu pada tahun lepas.

7.1.4 Terdapat 6 usul yang diberikan oleh En. Azri Bin Razali
7.1.4.1 Meminta PIBG menyediakan laman WEB PIBG SMK JP SHAS agar sesuai dengan peredaran zaman

Respon Pengetua : PIBG tidak mempunyai laman web namun sekolah mempunyai laman web.

7.1.4.2 Menyediakan baju batik/baju koperat untuk AJK PIBG SMK JP SHAS

Respon Pengetua : Penyediaan baju batik dan baju koperat untuk PIBG tidak dapat dijalankan kerana kekangan dari segi kewangan.

7.1.4.3 Semua usul yang dicadangkan oleh ibu bapa dibukukan

Respon Pengetua : Semua usul akan dibukukan oleh pihak sekolah.

7.1.4.4 Cara pemberitahuan pelajar tidak hadir ke sekolah dan salah laku pelajar ditukar dengan menggunakan telefon dan sms

Respon Pengetua : Pemberitahuan melalui sms dan telefon dijalankan oleh pihak sekolah namun terdapat segelintir pelajar yang memberikan nombor palsu kepada pihak sekolah.

7.1.4.5 Rekacipta logo PIBG SMK JP SHAS

Respon Pengetua : Logo PIBG akan dicipta dan pihak sekolah meminta En. Mohd Ridzuan Bin Abdul Rahim untuk menciptanya.

7.1.4.6 Membuat jalan pintas dari felcra ke sekolah agar mengurangkan pelajar yang bermotosikal ke sekolah

Respon Pengetua : Urusan infrastuktur bukan di bawah bidang sekolah. Urusan tersebut diserahkan kepada pihak yang berwajib.



7.1.5 En. Hamzah Bin Abdul Hamid meminta agar diperbanyakkan program antara pihak sekolah dan masyarakat setempat.

Respon Pengetua : Pihak sekolah sememangnya ingin mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat. Antara program yang akan dijalankan seperti Sukan Rakyat yang akan diadakan selepas Mesyuarat Agung PIBG. Malahan pihak sekolah juga dalam perancangan untuk mengadakan lawatan ke masjid di sekitar Kuala Tahan dan kampung-kampung lain.

7.1.6 Pn. Wan Noriza Binti Wan stafa Mencadangkan agar yuran PIBG dikurangkan.

Respon YDP PIBG : Beliau menyatakan bahawa yuran tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung yang lepas dan telah dipersetujui oleh ahli PIBG.

Respon Pengetua : Tidak wajar mengurangkan yuran PIBG berikutan belanja yang semakin bertambah. Pengetua memaklumkan mengenai pembelian komputer. PIBG telah mengeluarkan belanja sebanyak RM13,000.00 bagi pembelian komputer. Selain itu, program akademik juga memerlukan perbelanjaan yang besar terutamanya jika sekolah memanggil penceramah. Satu slot sahaja, pihak sekolah perlu membayar RM200.00. sewajarnya yuran PIBG perlu dikekalkan dan mungkin perlu ditambah bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

7.1.7 En. Ramlan Bin Mat Amin mencadangkan agar masa balik sekolah biarlah tepat pada waktunya.

Respon Pengetua : Waktu tamat seisi persekolahan ialah 2.40 petang. Waktu terakhir, pelajar akan solat berjemaah. Sekiranya pelajar lewat bersolat seperti mengambil wuduk lambat, ini akan melewatkan solat tersebut.

7.1.8 En. Azman Bin Majid memita pihak sekolah disarankan mengadakan kelas seni pertahanan diri.

Respon Pengetua : Sekolah tiada masalah bagi membuka kelas seni mempertahankan diri namun guru di SMK JP SHAS tidak mempunyai kemahiran dan memerlukan tenaga pengajar dari luar.

7.1.9 En. Sabaruddin Bin Abu Bakar meminta pengawal keselamatan dan guru perlu membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar sebelum dan selepas pulang dari sekolah kerana terdapat kehilangan barang-barang seperti topi keledar.

Respon Pengetua : Waktu pagi, guru yang terlibat memang membuat pemeriksaan terhadap pelajar sekolah. Barang-barang seperti topi keledar merupakan tanggungjawab pelajar sendiri. Justeru, pengetua akan memaklumkan kepada pihak keselamatan agar memantau pelajar ketika balik sekolah.

7.1.10 En. Abu Talib Bin Mat Isa meminta pihak sekolah menyediakan ruang tamu untuk ibu bapa melawat anak di asrama.

Respon Pengetua : Tiada peruntukan bagi menyediakan ruang tamu kepada ibu bapa semasa melawat anak di asrama. Pengetua akan mengusulkan isu ini kepada pihak penyelia asrama.

7.1.11 En. Abdul Wahab mencadangkan pihak sekolah memendekkan masa perbarisan atau perhimpunan.

Respon Pengetua : Masa pertama hari Isnin dan hari Rabu tidak dimasukkan dalam jadual P&P. Masa tersebut diperuntukkan untuk perhimpunan.

7.1.12 Cik Siti Nur Aishah Bt Abu Bakar menyarankan agar pihak kantin sekolah mempelbagaikan makanan di kantin.

Respon Pengetua : Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah akan berbincang dengan AJK Kantin serta pihak pengusaha kantin berkenaan menu untuk pelajar sekolah.

7.1.13 En. Abdul Halil Bin Abu Bakar meminta warden dan pihak yang berkaitan perlu meronda kawasan asrama setiap jam supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Respon Pengetua : Rondaan setiap jam tidak mampu dilakukan oleh pihak warden kerana mereka terdiri daripada guru. Rondaan akan dibuat oleh pihak pengawal keselamatan. Pengamalan nilai-nilai murni dan rohani dalam jiwa pelajar perlu diterapkan agar tidak melanggar peraturan asrama dan sebagainya.

7.1.14 En. Wan Hanifah meminta pihak sekolah supaya tidak mengunci tandas supaya pelajar mudah untuk ke tandas dan tidak mengganggu waktu pembelajaran.

Respon Pengetua : Tandas dikunci dan hanya dibuka pada waktu rehat. Pihak sekolah mengunci tandas kerana dijadikan tempat merokok dan ponteng kelas. Hal ini menyebabkan tandas dikunci namun sekiranya terdapat pelajar yang ingin menggunakan tandas bukan waktu rehat, mereka boleh mendapatkan kunci dengan guru disiplin. Cara ini dapat mengurangkan masalah disiplin tersebut.

Respon YDP PIBG : Beliau menegaskan agar ibu bapa jangan terlalu mempercayai penjelasan anak-anak. Malahan ibu bapa perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah tentang sesuatu perkara yang dijalankan oleh pihak sekolah.

7.1.15 En. Mohd Ismail Bin Abdul Hamid Meminta pihak sekolah dekatkan tempat letak motosikal kerana membebankan pelajar terutamanya ketika hujan.

Respon Pengetua : Tempat letak motosikal memang jauh. Sebelum ini tempat letak motosikal ialah di kawasan surau sekolah namun berikutan kes kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah, pelajar tidak dibenarkan meletakkan motosikal di surau sekolah. Apatah lagi faktor kawasan yang berbukit turut membahayakan pelajar yang berjalan kaki.

7.1.16 Pn. Siti Azlina Binti Ismail mencadangkan agar kelas malam PMR perlu dimulakan lebih awal dari 8.15 - 9.45 malam.

Respon Pengetua : Kelas tambahan lewat dijalankan bagi mengelakkan pelajar asrama ponteng menunaikan solat Isyak.


8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 En. Abdullah Bin Manan mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2011/2012 yang baharu dilantik. Semua AJK diharapkan dapat member kerjasama yang baik dalam setiap program yang dijalankan oleh PIBG.
8.2 Beliau juga memohon jutaan kemaafan seandainya ada tersilap kata sepanjang mempengerusikan mesyuarat.
8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.25 petang.





Pencatat Minit :
1. Cik Norsyahida Binti Zulkifli
2. Pn. Hezreen Binti Ramli


Disediakan oleh :

____________________
( Pn. Rahimah Binti Sabtu )
Setiausaha Kehormat PIBG
SMK JP SHAHS



Disahkan oleh :
____________________
( En. Abdullah Bin Manan )
Yang Dipertua PIBG
SMK JP SHAHS