Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Friday, April 24, 2015

Lawatan Ke SMK Jengka 24

Catatan kali ini sebenarnya telah lama terperam dalam draf blog saya. Namun, baru hari ini saya dapat memaparkannya. Tarikh 6.5.2015 kami seramai 11 orang guru telah mengadakan lawatan penanda aras sempena sekolah saya ditawarkan New Deal. SMK Jengka 24 merupakan salah sebuah sekolah yang pernah memenangi New Deal pada tahun 2013. 

Jika dilihat pada suasana sekolah tersebut memang SMK Jengka 24 layak memenangi tawaran tersebut. Antara kecemerlangan sekolah tersebut ialah dalam program PPDa.Kerjasama yang erat antara para guru dan pelajar menjadikan sekolah tersebut layak memenangi pertandingan tersebut.Tahniah dari kami.


Antara guru yang menyertai lawatan ini iaitu Razmi Omar, Sikin, Syahida dan Lily Fairuz


Antara laluan PPDa


Antara bidang juga diberi peluang untuk menyertai sudut PPDa

 Mural berkaitan PPDa



Sistem fail yang teratur

Ini dia bidang saya


Hasil idea pelajar SMK Jengka 24

Lawatan Ke Port Dickson & Pesta Buku 2014

Tarikh : 26 & 27 April 2014
Lokasi : Port Dickson & Pwtc

Pada tahun 2014 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu SMK JP SHAS sekali lagi mengadakan lawatan ke pesta buku kl. Aktiviti lawatan ke Port Dickson turut dijadikan agenda pada kali ini.

Antara tempat yang ditu pada kali ini ialah Kilang Coklat di Bangi, Nilai, Ladang Ostrich di PD, sekitar PD, Muzium Tentera, PWTC dan Berjaya Time Square.

Seramai 8 orang guru dan 80 orang pelajar telah menyertai lawatan pada kali ini.










breakfast di 

kakak ....mmg feveret dia mandi kolam

muzium tentera

di sekitar kilang berys

Monday, April 20, 2015

Selamat Hari Lahir Cikgu Ema & Cikgu Lily

Salam.....

Kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 8 Februari..... Tahun aje yang berbeza. Kali ini kami sempat celebrate sama. Bukan grand pun. Sekadar makan makan je. Menu utama setiap kali kami sambut birthday iaitu me kari. Home made by Kak Lily Fairuz.....Nyum2.

Agak agak tahun depan dapat tak kita sambut lagi? Tahun nie saya dah aply tukar sekolah. Tapi tak pe, tak jauh pun. Setakat Temerloh-Jerantut tu sekangkang kera je....hihihi.

Nie antara gambar yang sempat kami snap. Majlis nie pun kami sempat buat pada 16 Feb 2015. 
kek yang sedap

birthday girl


sedap kan me kari tu....


bercuti ke bayour resort bkt katil

Cuti penghujung tahun 2014, saya dan suami membawa anak-anak ke taman tema Bayour Resort di Bukit Katil Melaka. Saya membawa anak-anak. Anak buah saya Aiza Izzati juga sempat saya ajak. Apa lagi memang seronok la anak-anak saya. Taman tema nie masih baaru so kebanyakan permainan agak baru dan masih lagi bersih. Cuma agak panas. Kami menghabiskan masa hampir 4 jam di sana. Kami bertolak dari kampung saya iaitu Muar agak awal pagi. Sempat jugak kami menikmati makanan feveret saya iaitu sate dan me rebus. 


nyum..nyum....
me rebus jawa. Kedai nie memang best. Lokasi depan bus stand bandar muar

Bayaran masuk ke taman tema
tag untuk masuk ke taman tema 












Family Day mini kami....family en suami

Assalamualaikum..............

percutian tanpa dirancang tapi mampu mengumpulkan hampir kesemua adik-beradik en. suami.
memang best di de rhu resort ni. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit dari bandar Kuantan.
Kolam yang agak selamat bagi kami. Sesuai untuk kanak-kanak terutamanya namun perlu pengawasan dari ibu bapa juga.

Sekiranya tidak menginap di resort, kita juga boleh bermandi-manda di kolam tersebut dengan kadar bayaran RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Murah kan.....



gambar di hadapan pintu masuk resort

sukalah tu......

kami di tepi kolam



kami sempat breakfast di sekitar de rhu resort

majlis perpisahan pengetua - En. Romely Omar


Assalamualaikum......

Bertemu lagi dalam catatan blog saya pada kali ini. Cerita yang lama. Namun seperti biasa, saya suka untuk berkongsi cerita. Bila teringat kembali zaman saya menyambung master di UKM, saya amat berterima kasih kepada pengetua saya ketika itu En. Romely Omar, GPK 1 En. Razmi Bin Omar dan antara GPK HEM yang saya hormati En. Asian Abd Wahab. Mereka telah memberi kerjasama yang baik terutama ketika saya memohon untuk keluar awal ke UKM dan sebagainya. Syukur akhirnya saya dapat mengenggam master dalam masa 2 tahun. di sini saya kongsikan paparan dalam majlis perpisahan pnegetua pada 27 & 28 Januari 2014. Lama dah kan tapi baru hari ini saya nak kongsi dgn semua.
Pihak asrama sekolah juga turut mengadakan majlis untuk beliau

Beliau turut memperkenalkan sistem punch card di sekolah

Berbalik cerita saya tentang pengetua ketika itu, beliau merupakan seorang yang cakna dan amat mengambil berat berkaitan kebajikan guru dan juga murid-murid di SMK JP Shas. Pendek kata beliau amat disayangi oleh pelajar dan guru-guru.

Sesi bersalam-salaman antara guru dan pelajar
Anak-anak pelajar


Kenangan terakhir




Majlis diadakan di Woodland Resort anjuran KGS

Antara hadiah dari keab guru




sempat lagi berposing