Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Thursday, December 4, 2014

Hi Cin Minh Vietnam (26-30 November 2014)

Hari Pertama ( 26 November 2014)

Assalamualaikum.....
Kepada pembaca yang sudi singgah di blog saya, kali ini saya akan bercerita tentang perjalanan saya ke Ho Cin Minh Vietnam. Macam salah je ejaan tu...hihihi. Tiket telah ditempah sejak 3  bulan yang lepas. Alhamdulilah semua perjalanan berjalan lancar kecuali ada sedikit kelalaian iaitu kami tersalah masuk pintu gate untuk berlepas. 

Perjalanan ke Vietnam tidaklah begitu lama hanya 2 jam sahaja. Jam 650 petang  berlepas dan jam 850 malam tiba di Vietnam. (waktu di sana lambat sejam so pukul 750 malam dah mendarat).

Ini perjalanan kami kali pertama ke Vietnam namun saya telah membaca banyak blog yang bercerita serta memberi tips untuk ke Vietnam. Antara blog seperti jari manis dan banyak lagi. Kami mengambil sebuah van menuju ke Hotel Than Lon Tan. Seramai 5 orang kami dicaj sebanyak 200000 VD. Kalau duit Malaysia dalam RM30 lebih. Kira ok la. Untuk pengetahuan pembaca, semua kenderaan menggunakan mata wang Veitnam Dong.

Hotel yang menjadi tempat penginapan kami selama 5 hari 4 malam. Bilik okey bersih dan cantik tapi servis kurang memuaskan. Hotel memang berdekatan dengan Pasar Ben Tan dan night market yang glamour tu. Hotel yang dipilih ada menyediakan servis untuk iron baju tapi kita perlu menghantar kepada pekerja hotel digosok. Bukan free tau tapi dikenakan caj. Dahlah mahal baju pun tak berapa nak licin apabila digosok. 


Kak Jun 


deretan hotel di night market 
 kopi yang menjadi kegemaran kami ketika di sana tapi ada yang kata tidak halal. so kalau was-was jangan minum. cari lelaki yang menjual kopi bernama salleh. insyaallah memang tidak diragui. 


antara barang yang dijual di night market. harga memang murah tapi perlu ada tawar menawar


pekerja kedai beg

Hari Kedua ( 27 November 2014)
Awl pagi kami dah bangun. Jam 6 pagi suasana dah cerah seperti jam 7.00 pagi. Pagi ini kami akan menjelajah ke Mekong Delta dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Kami mengambil pakej dengan hotel iaitu pakej Bismillah Tour. Search di fb pun boleh. Makanan halal terjamin dengan pakej ini.