Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Tuesday, September 30, 2014

Melaka

Pada 21.12.2013 yang lalu, saya bersama keluarga bercuti di Melaka. Percutian kali ini disertai oleh keluarga rakan baik saya iaitu Wawa. Selama 2 hari kami berkampung di Melaka. Kami menyewa sebuah homestay dan bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Antara tempat yang kami kunjungi ialah Taman Mini, Masjid di Pulau Melaka, Bandar Hilir, Perigi Hang Tuah dan banyak lagi tempat yang menarik.

Taman Mini Malaysia. Kami hanya bergambar di luar sahaja. Tiket mahal.

Kami membawa bekal untuk dimakan bersama-sama

Rasa kenyang dengan bekalan yang dibawa

Karipap kegemaran kami





Lokasi sekitar Perigi Hang Tuah




Homestay ada kolam renang




Lepak depan kolam




jumpa Rana. Kawan masa degree

Seminar Di Universitas Pendidikan Riau Indonesia

Seminar Pendidikan Kali Yang Ke-2 kali ini berlangsung  dari 13 September - 16 September 2013 selama 4 hari 3 malam di Universiti Pendidikan Riau Indonesia. Seminar kali ini diadakan di luar negara dengan kerjasama UKM dan Universiti Riau. Syukur , semua perjalanan dirancang dengan baik. Saya dan rakan-rakan turut membentangkan kertas kerja kali ini. Tajuk yang saya bentangkan ialah Aplikasi Facebook dalam KOMSAS. 

Sebelum berangkat. Bergambar bersama Prof Madya Dr Zamri Mahamod

Kuih Tradisional Di Riau

Saya dan BFF...Wawa

Antara pembentang pada kali ini

serius nampak

Di pintu gerbang universiti

Kami sahabat

Gang yang pergi seminar

Di depan masjid agung Riau

Tasik 


Reunion SMRM 1991-1996

Antara peneraju perjumpaan Reunion kali pertama. 

Buat pertama kali, reunion ini diadakan sejak semua membawa haluan masing-masing selepas sahaja menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 1996.

31 Januari 2014 merupakan tarikh yang dirancang. Kebetulan, ramai yang pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina. Lokasi yang dipilih kali ini ialah di Muara Steamboat Medan Mara Muar. Hampir 40orang yang hadir pada malam itu. Nampaknya walau masih kurang sambutan kita perlu bersyukur kerana perancangan ini berjalan dengan teratur.

 Admin Reunion 1991-1996 turut membawa anak-anak dan anak buah


Gril


Admin sanggup pulang dari Pahang semata-mata untuk menghadiri majlis  ini

Antara yang hadir Hazian, Azlia, Zai, Lina, Sab, Zura dan Erliza

Zura dengan anak Sabarina

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan dari saya sendiri sebagai admin dan majlis pertukaran hadiah.  Kami juga merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti selepas ini. 

Dejavu Kota Kinabalu

Salam penuh kasih sayang untuk pembaca semua. 

Kali ini saya akan menceritakan percutian kami seramai 7 orang sahabat ke Kota Kinabalu sabah. Percutian yang telah dirancang hampir sebulan yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Percutian selama 5 hari bermula 14 September - 18 September terdapat beberapa perubahan. Sedih rasa hati namun kami teruskan percutian kami.

Pertama, dalam tarikh percutian tersebut saya dan juga Kak Jun terpaksa pulang lebih awal. Ini bermaksud kami perlu tukar tiket. OMG....... Kk Jun pulang ke KL pada 16September dan saya pada 17 September. Hal ini disebabkan kami terpaksa mengikuti temuduga HLP dan CBBP untuk PHD kami. Kami tau harapan kami tipis disebabkan faktor proposal yang agak kelam kabut. Hahaha.....

Okeyla, malas nak cerita panjang-panjang. Saya sertakan beberapa keping gambar dan tips-tips bercuti ke Sabah.

Day 1
Tiba di KK jam 9.30 Pagi
Menunggu kereta yang disewa serta kawan baik kami yang memang posting di sana. Mudahkan percutian kami. Hihihi....
Kami menaiki 2 kereta dan bertolak untuk minum pagi di sekitar bandar KK. Tak ingat nama kedai ni tapi memang tidak memuaskan dari segi servis. 

Pagi-pagi dah naik flight. Jam 6.30 Pagi dari KLIA2

Dalam flight. Sejak kes MH370 dan MH17, ini kali pertama kami menaiki flight. Last saya ke Pekan Baru Indon pada tahun lepas


Antara sahabat saya yang mengikuti percutian ini. Yang handsome tu may boy Rayyan Syamil
Syukur selamat tiba di KK


aktiviti membeli belah di Pasar Filipina. 


Membeli gelang kristal dan kerongsang. Jika cenderahati kraftangan, sila beli di Pekan Nabalu. Jalan ke Kundasang lagi murah.



Perjalanan diteruskan ke Rumah Terbalik. Semuanya terbalik. bayaran RM10 dewasa. Ramai sangat orang. Panas. Dalam rumah pun tak dibenarkan mengambil gambar. 




Kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Kami sempat singgah di Jambatan Tamparuli. Lagu sedap tapi hakikatnya panaroma yang kurang menarik. Tempat kelahiran Marsha Mila London (Peserta AF).





Kami tiba di Kundasang hampir jam 4 petang. Pertama kali menjejakkan kaki di tanah kundasang. Subhanallah, puncak gunung Kinabalu di depan mata. Kami mengucapkan syukur dengan nikmat yang diberi-Nya. Homestay 3 bilik menempatkan kami semua. Gunung Kinabalu memang di depan mata. Lokasi yang strategik. Cantik. Nyaman. Sejuk. Lebih sejuk dari Cameron Highlands.

boleh hubungi homestay almeera homestay kundasang (013-8718715). semalam RM250.