Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Tuesday, September 30, 2014

Dejavu Kota Kinabalu

Salam penuh kasih sayang untuk pembaca semua. 

Kali ini saya akan menceritakan percutian kami seramai 7 orang sahabat ke Kota Kinabalu sabah. Percutian yang telah dirancang hampir sebulan yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Percutian selama 5 hari bermula 14 September - 18 September terdapat beberapa perubahan. Sedih rasa hati namun kami teruskan percutian kami.

Pertama, dalam tarikh percutian tersebut saya dan juga Kak Jun terpaksa pulang lebih awal. Ini bermaksud kami perlu tukar tiket. OMG....... Kk Jun pulang ke KL pada 16September dan saya pada 17 September. Hal ini disebabkan kami terpaksa mengikuti temuduga HLP dan CBBP untuk PHD kami. Kami tau harapan kami tipis disebabkan faktor proposal yang agak kelam kabut. Hahaha.....

Okeyla, malas nak cerita panjang-panjang. Saya sertakan beberapa keping gambar dan tips-tips bercuti ke Sabah.

Day 1
Tiba di KK jam 9.30 Pagi
Menunggu kereta yang disewa serta kawan baik kami yang memang posting di sana. Mudahkan percutian kami. Hihihi....
Kami menaiki 2 kereta dan bertolak untuk minum pagi di sekitar bandar KK. Tak ingat nama kedai ni tapi memang tidak memuaskan dari segi servis. 

Pagi-pagi dah naik flight. Jam 6.30 Pagi dari KLIA2

Dalam flight. Sejak kes MH370 dan MH17, ini kali pertama kami menaiki flight. Last saya ke Pekan Baru Indon pada tahun lepas


Antara sahabat saya yang mengikuti percutian ini. Yang handsome tu may boy Rayyan Syamil
Syukur selamat tiba di KK


aktiviti membeli belah di Pasar Filipina. 


Membeli gelang kristal dan kerongsang. Jika cenderahati kraftangan, sila beli di Pekan Nabalu. Jalan ke Kundasang lagi murah.



Perjalanan diteruskan ke Rumah Terbalik. Semuanya terbalik. bayaran RM10 dewasa. Ramai sangat orang. Panas. Dalam rumah pun tak dibenarkan mengambil gambar. 




Kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Kami sempat singgah di Jambatan Tamparuli. Lagu sedap tapi hakikatnya panaroma yang kurang menarik. Tempat kelahiran Marsha Mila London (Peserta AF).





Kami tiba di Kundasang hampir jam 4 petang. Pertama kali menjejakkan kaki di tanah kundasang. Subhanallah, puncak gunung Kinabalu di depan mata. Kami mengucapkan syukur dengan nikmat yang diberi-Nya. Homestay 3 bilik menempatkan kami semua. Gunung Kinabalu memang di depan mata. Lokasi yang strategik. Cantik. Nyaman. Sejuk. Lebih sejuk dari Cameron Highlands.

boleh hubungi homestay almeera homestay kundasang (013-8718715). semalam RM250. 

No comments:

Post a Comment