27 Mac 2011 merupakan tarikh yang dipilih oleh pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Apatah lagi majlis sukan kali ini dijalankan sehari selepas mesyuarat agung PIBG.Hal ini kerana untuk memudahkan para ibu bapa yang datang dari Ulu Tembeling. Dengan cara ini dapat menjimatkan kos pihak sekolah dan juga ibu bapa yang hadir.
Tepat jam 9.00 pagi, acara perbarisan bermula. Pengetua SMK JP SHAS En. Mohd Fadhil Bin Abd Rafar dan GPK Kurikulum En. Razmi Bin Omar telah menerima tabi hormat daripada kontijen yang menyertai acara perbarisan. Perbarisan kali ini meriah sekali terutamanya kontijen Pelanduk. Bermottokan Pelanduk Champion, kontijen yang diketuai oleh En. Mohd Faez Bin Hanafi ini amat ceria apatah lagi kehadiran maskot pelanduk.
Kehadiran para ibu bapa dan warga Kuala Tahan juga amat menggalakkan. Mereka turut memberi sokongan yang padu terutamanya ketika menyaksikan anak mereka berlari. Selain itu acara sampingan juga turut diadakan antaranya 4x50 meter wanita terbuka, lontar peluru lelaki terbuka dan acara ikat kaki wanita terbuka. Tahniah kepada para pemenang.