Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Saturday, January 1, 2011

Hari Pendaftaran Pelajar SMK JP SHAS (1/1/2011)





Assalamualaikum, lama dah menulis dlm blog nie. Hari nie merupakan hari pendaftaran sesi 2011 bagi pelajar yg tinggal di sekitar Kuala Tahan. Alhamdulillah, ramai ibu bapa yg telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar yuran dan sebagainya.
        Sebagai setiausaha PIBG pastinya agak sibuk melayan sebarang pertanyaan daripada guru2 dan ibu bapa. Sebarang masalah dan pertanyaan pastinya akn dilayan terutama pelanggan kami ialah ibu bapa. Sesi 2011 ada sedikit perubahan berkaitan hari pendaftaran yang dijalankan selama 2 hari amat berkesan walau pun guru-guru perlu hadir selama 2 hari berturut-turut ke sekolah. Kebaikan yang diperolehi ialah ibu bapa tidak perlu menunggu lama ketika sesi pendaftaran (kuanter pendaftaran tdk jem). Selain itu, penerangan berkaitan yuran juga boleh diterangkan dgn. jelas.
          Hari pertama pendaftaran juga turut disediakan jamuan ringan iaitu mi hun goreng,kuih dan air teh. Walau pun tdk mewah, namun jamuan hari ini mampu mengalas perut tetamu dan guru-guru terutamanya. Terima kasih PIBG sponser jamuan pada kali ini.
          Cukup setakat ini, lihatlah beberapa paparan gambar yg sempat diambil oleh cik kak kita merangkap guru media Jp Shas...........Bye...