Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Tuesday, June 9, 2015

Krabi, Thailand Part 1

Assalamualaikum....

Bertemu kita dalam catatan perjalanan ke Krabi pada 2 - 5 jun 2015 yang lalu. Alhamdulillah, perjalanan ke Krabi amat mudah kali ini. tiada halangan dan tidak terkejar-kejar. Percutian kali ini saya ditemani oleh sahabat baik saya atau merangkap adik angkat (cewah) tapi memang betullah. Memang dialah sahabat dan rakan yang rapat dengan saya di sekolah. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Syahida@Nyoh. Ha2 ...kekal dengan nama tu. 

Kami bertolak pada 2 Jun 2015 jam 9.00 pagi dari Temerloh. Kami menaiki kereta Nyoh kali ni. Sempat jugak saya singah di UKM (bahagian bendahari) untuk membuat pengesahan sebagai student UKM. Hajat nak memohon Mybrain. Tak tahulah berjaya atau tidak. Kita aply je kan. Lepas tu singah sebentar di Kajang untuk tukar duit. Tukar Rm450 dahulu. Dalam blog mengatakan tukar di Krabi lebih rendah nilainya. Dapatlah lebih kurang 4000 bath kalau xsilap. Setel tukaran wang terus ke rumah sahabat saya Tn. Azlina di Taman Sutera Kajang. Hantar kasut dan barang-barang Nuha yang tertinggal di rumah saya pada hari Sabtu yang lalu. 

Jam 12.00 tengahari selesai semua urusan. Terus ke Putrjaya Sentral untuk parking kereta dan naik Erl ke Klia2. Nampaknya kereta Nyoh terpaksa di parking di kawasan terbuka. Parking berbumbung penuh. Jam 1 petang kami menaiki Erl dengan harga RM6.20 dewasa dan kanak-kanak RM3.00. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. jam 130 petang kami dah tiba di Klia2. Kami menikmati makan tengahari di Foodcourt Klia2. Nasi ayam yang aku rasa lebih sedap aku masak sepinggan RM9.90 terpaksa makan beb. mahal. kalau sedap berbaloi jugak. ermmmmm. Air mineral yang tidak berjenama pulak rm2 hengget. sakit hatiku...moralnya jangan la makan kat klia2 nie. 

Flight kami jam 415 petang. Delay dalam 30 minit akibat cuaca yang tidak memuaskan. Syukur perjalanan yang mengambil masa 1 jam berjalan dengan baik. sempat jugak anak daraku Raisha Syamimi yang menyertai percutian kami ni menikmati nasi lemak pak nasir dalam flight. walau mahal aku xmerungut pun sebab memang sedap. Hihihi....

Masa di Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia. so pkl 440 masa Thailand kami selamat menjejakkan kaki di Krabi. Airport Krabi kecil sahaja. pelancong Malaysia memang ramailah.  Mat salleh pon ramai. saya berkejar menaiki bas untuk ke Aonang, Krabi. tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti pantai dan sebagainya. Harga tiket bas 150 bath = RM15 hengget . tetapi yang nak menaiki teksi pon boleh je dengan harga 600 bath = 60 hengget. Bas yang kami naiki semuanya ok. Bersih dan aircond sejuk. Kita hanya memberitahu hotel penginapan kita dan peandu bas akan memberhentikan di depan hotel. hampir 630 ptg kami sampai di hotel. Cek in pun berjalan lancar. tiada masalah. Bilik yang kami tempah memang terbaik. katil besar. cukup untuk memuatkan kami 2 dewasa dan sorang kanak-kanak.

Kami bersiap-siap untuk mandi dan solat. Jam 830 malam kami keluar untuk mencari makan malam dan membeli sedikit sevournior. Petugas hotel di Goodwill Hotel mesra pelanggan. sempat jugak dia memberitahu apa yang ada di sekitar hotel kami. Jika rakan-rakan yang dtg ke krabi, bolehla membeli cenderahati yang agak murah berhampiran masjid krabi. ada pasar malam yg menjual cenderahati. harga kena tawar dan yg penting tshirt di sana juga berkualiti. TAPI sebenanrnya ada tempat menjual cenderahati yang murah cuma bkn terletk di area aonang  ok. nanti saya akan ceritakan . Anda juga boleh menikmati makan malam di sepanjang jalan depan masjid berhampiran goodwill hotel kerana semuanya halal. mereka juga boleh berbahasa melayu.

makan malam hari nie nasi goreng tomyam dan juice epal. semuanya 160 bath = rm16.

jam 11 malam kami kembali ke hotel untuk tidur....yehhhhh. 

No comments:

Post a Comment