Part 2 - Vietnam
Hari kedua kami menyusuri Sg. Mekong
Dari Hati Seorang Guru
My Blog List
Friday, December 5, 2014
Thursday, December 4, 2014
Hi Cin Minh Vietnam (26-30 November 2014)
Hari Pertama ( 26 November 2014)
Assalamualaikum.....
Assalamualaikum.....
Kepada pembaca yang sudi singgah di blog saya, kali ini saya akan bercerita tentang perjalanan saya ke Ho Cin Minh Vietnam. Macam salah je ejaan tu...hihihi. Tiket telah ditempah sejak 3 bulan yang lepas. Alhamdulilah semua perjalanan berjalan lancar kecuali ada sedikit kelalaian iaitu kami tersalah masuk pintu gate untuk berlepas.
Perjalanan ke Vietnam tidaklah begitu lama hanya 2 jam sahaja. Jam 650 petang berlepas dan jam 850 malam tiba di Vietnam. (waktu di sana lambat sejam so pukul 750 malam dah mendarat).
Ini perjalanan kami kali pertama ke Vietnam namun saya telah membaca banyak blog yang bercerita serta memberi tips untuk ke Vietnam. Antara blog seperti jari manis dan banyak lagi. Kami mengambil sebuah van menuju ke Hotel Than Lon Tan. Seramai 5 orang kami dicaj sebanyak 200000 VD. Kalau duit Malaysia dalam RM30 lebih. Kira ok la. Untuk pengetahuan pembaca, semua kenderaan menggunakan mata wang Veitnam Dong.
Hotel yang menjadi tempat penginapan kami selama 5 hari 4 malam. Bilik okey bersih dan cantik tapi servis kurang memuaskan. Hotel memang berdekatan dengan Pasar Ben Tan dan night market yang glamour tu. Hotel yang dipilih ada menyediakan servis untuk iron baju tapi kita perlu menghantar kepada pekerja hotel digosok. Bukan free tau tapi dikenakan caj. Dahlah mahal baju pun tak berapa nak licin apabila digosok.
deretan hotel di night market
kopi yang menjadi kegemaran kami ketika di sana tapi ada yang kata tidak halal. so kalau was-was jangan minum. cari lelaki yang menjual kopi bernama salleh. insyaallah memang tidak diragui.
antara barang yang dijual di night market. harga memang murah tapi perlu ada tawar menawar
pekerja kedai beg
Hari Kedua ( 27 November 2014)
Awl pagi kami dah bangun. Jam 6 pagi suasana dah cerah seperti jam 7.00 pagi. Pagi ini kami akan menjelajah ke Mekong Delta dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Kami mengambil pakej dengan hotel iaitu pakej Bismillah Tour. Search di fb pun boleh. Makanan halal terjamin dengan pakej ini.
Tuesday, September 30, 2014
Melaka
Pada 21.12.2013 yang lalu, saya bersama keluarga bercuti di Melaka. Percutian kali ini disertai oleh keluarga rakan baik saya iaitu Wawa. Selama 2 hari kami berkampung di Melaka. Kami menyewa sebuah homestay dan bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Antara tempat yang kami kunjungi ialah Taman Mini, Masjid di Pulau Melaka, Bandar Hilir, Perigi Hang Tuah dan banyak lagi tempat yang menarik.
Taman Mini Malaysia. Kami hanya bergambar di luar sahaja. Tiket mahal.
Kami membawa bekal untuk dimakan bersama-sama
Rasa kenyang dengan bekalan yang dibawa
Karipap kegemaran kami
Lokasi sekitar Perigi Hang Tuah
Homestay ada kolam renang
Lepak depan kolam
jumpa Rana. Kawan masa degree
Seminar Di Universitas Pendidikan Riau Indonesia
Seminar Pendidikan Kali Yang Ke-2 kali ini berlangsung dari 13 September - 16 September 2013 selama 4 hari 3 malam di Universiti Pendidikan Riau Indonesia. Seminar kali ini diadakan di luar negara dengan kerjasama UKM dan Universiti Riau. Syukur , semua perjalanan dirancang dengan baik. Saya dan rakan-rakan turut membentangkan kertas kerja kali ini. Tajuk yang saya bentangkan ialah Aplikasi Facebook dalam KOMSAS.
Sebelum berangkat. Bergambar bersama Prof Madya Dr Zamri Mahamod
Kuih Tradisional Di Riau
Saya dan BFF...Wawa
Antara pembentang pada kali ini
serius nampak
Di pintu gerbang universiti
Kami sahabat
Gang yang pergi seminar
Di depan masjid agung Riau
Tasik
Reunion SMRM 1991-1996
Antara peneraju perjumpaan Reunion kali pertama.
Buat pertama kali, reunion ini diadakan sejak semua membawa haluan masing-masing selepas sahaja menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 1996.
31 Januari 2014 merupakan tarikh yang dirancang. Kebetulan, ramai yang pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina. Lokasi yang dipilih kali ini ialah di Muara Steamboat Medan Mara Muar. Hampir 40orang yang hadir pada malam itu. Nampaknya walau masih kurang sambutan kita perlu bersyukur kerana perancangan ini berjalan dengan teratur.
Admin Reunion 1991-1996 turut membawa anak-anak dan anak buah
Gril
Admin sanggup pulang dari Pahang semata-mata untuk menghadiri majlis ini
Antara yang hadir Hazian, Azlia, Zai, Lina, Sab, Zura dan Erliza
Zura dengan anak Sabarina
Majlis dimulakan dengan sesi ucapan dari saya sendiri sebagai admin dan majlis pertukaran hadiah. Kami juga merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti selepas ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)