Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Thursday, March 29, 2012

Majlis Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas peringkat Sekolah 2012

Tarikh : 28 Mac 2012
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa 7.40 Pagi


 
KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
 SMK JP SHAS
2012
1.0 Pengenalan
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat di antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.0 Matlamat
Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Di samping itu juga pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.

3.0 Objektif
1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu di mana setiap bilik darjah dikehendaki             menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam kelas
4. Membina semangat persaingan yang sihat di antara kelas-kelas
5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah. 

 
JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Pengerusi                     :           En. Romely Bin Omar (Pengetua)
Timbalan Pengerusi     :           En. Razmi Bin Omar (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1         :           En. Asian Bin Abd. Wahab
Naib Pengerusi 2         :           En. Mohd Romdzi Bin Jamaludin
Setiausaha                   :           Pn. Rahimah Binti Sabtu
Pen. Setiausaha           :           Pn. Siti Asadihah Binti Abdullah
Bendahari                    :           Cik Idayati Binti Ahmad

AJK
Protokol & Sambutan :           En. Romely Bin Omar (Pengetua)
                                                Semua GPK
                                                Semua Ketua Bidang
Jemputan                     :           Cik Haryati Binti Mohd Khonopiah
Buku Program             :           Pn. Suzilawati Binti Jusoh
Siaraya/Alatan             :           En. Mohamad Fadli Bin Mat Husain
Percetakan                   :           En. Zulkifli Bin Kesah
Persiapan Tempat        :           En. Mohd Zulkalnain Bin Abdullah
Banner / Dokumentasi            :           En. Mohd Faez Bin Hanafi
            &                                 Cik Norashikin Binti Ahmad
       Fotografi                          Pn. Norshidah Binti Johari
Pengerusi Majlis          :           Pengawas Sekolah





TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi         :           Kehadiran AJK PIBG
                        :           Aluan Pengerusi Majlis
                        :           Nyanyian Lagu Negaraku & Warisan
                        :           YDP Diiringi Pengetua Menerima Tabik Hormat Dari Badan                                   Beruniform
                        :           Pemeriksaan Barisan Oleh YDP PIBG
7.45 pagi         :           Ucapan Pengetua
                        :           Ucapan & Perasmian Program Pertandingan Keceriaan Kelas                                   Oleh YDP PIBG
8.05 pagi         :           Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih Sepanjang Jan-Mac 2012
                                    Penyampaian Cenderahati Perasmi
8.20 pagi         :           Nyanyian Lagu Negeri Pahang
                        :           Bersurai
                        :           Jamuan



Monday, January 23, 2012

Jakarta dan Bandung Indonesia

      Pada 22/10/2011 saya dan rakan-rakan telah bercuti ke Indonesia. Selain rakan-rakan, saya turut ditemani suami dan anak yang sulung. Percutian kali ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Percutian kali ini tidaklah menarik sangat kerana kami tidak menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan berbanding percutian ke Medan pada tahun 2010. Kami hanya mengambil supir ketika bercuti di sana. Ditambah lagi dengan supir yang agak tidak memuaskan membuatkan percutian kali ini biasa-biasa sahaja.
      Kami mengambil flight yang pertama dari Malaysia ke Jakarta. Sampai sahaja di Jakarta kami dibawa supir ke Bandung melalui Puncak. Kalau kalian nak tau, Puncak seakan-akan Cameron Highlands. Sempatla saya merasa buah Avacado yang boleh dimakan begitu sahaja. Tapi saya tidak berminat mungkin tidak sesuai dengan citarasa saya.. Saya paparkan sedikit foto-foto yang mungkin dapat kita kongsikan bersama.

masa nie baru sahaj sampai di jakarta

Dalam flight. Untungnya anak mama, umur br 5thn tp dh 4 kali naik flight.
di laur airport Jakarta
Jam 5 pagi kami terus chek in. Kebetulan kaunter telah dibuka.


Wednesday, April 13, 2011

Kursus Penulisan Kreatif Zon Timur 2011

        Tarikh 12-14 April satu kursus anjuran BPG dan DBP telah dijalankan di Duta Village Resort Kuantan Pahang. Dihadiri seramai 60 0rang guru dari Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kursus selama 3 hari itu banyak membantu para guru untuk memajukan diri dengan lebih kreatif terutama dalam berkarya. Malahan, ilmu tersebut juga boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi tambahan buat para guru. 
      Antara penceramah yang telah berkongsi ilmu bersama para peserta iaitu saudara Masli N.O dan Shaharul Nizam Abd Talib. Jika anda ingin berkongsi ilmu dengan lebih mendalam, sila lawati blog Masli N.O dan Shaharul Nizam. Beliau telah banyak menghasilkan karya berbentuk cerpen dan puisi.
         Seisi selama 3 hari itu juga turut diselitkan dengan cara untuk berkarya, olahan suara dan banyak lagi. Pasti para peserta yang menyertai kursus tersebut teruja untuk menghasilkan karya berbentuk cerpen mahupun puisi. Justeru, praktikkan ilmu yang anda perolehi, pasti anda akan lebih kreatif.


Saturday, April 9, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-8 SMK JP SHAS



        Majulah Sukan Untuk Negara merupakan salah satu motto yang sering diungkapkan apabila kita bercerita tentang perihal sukan.Sukan banyak memberi kebaikan kepada kita malah dengan bersukan ikatan silaturahim akan terjalin dengan lebih erat lagi.

      27 Mac 2011 merupakan tarikh yang dipilih oleh pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Apatah lagi majlis sukan kali ini dijalankan sehari selepas mesyuarat agung PIBG.Hal ini kerana untuk memudahkan para ibu bapa yang datang dari Ulu Tembeling. Dengan cara ini dapat menjimatkan kos pihak sekolah dan juga ibu bapa yang hadir.

       Tepat jam 9.00 pagi, acara perbarisan bermula. Pengetua SMK JP SHAS En. Mohd Fadhil Bin Abd Rafar dan GPK Kurikulum En. Razmi Bin Omar telah menerima tabi hormat daripada kontijen yang menyertai acara perbarisan. Perbarisan kali ini meriah sekali terutamanya kontijen Pelanduk. Bermottokan Pelanduk Champion, kontijen yang diketuai oleh En. Mohd Faez Bin Hanafi  ini amat ceria apatah lagi kehadiran maskot pelanduk.

        Kehadiran para ibu bapa dan warga Kuala Tahan juga amat menggalakkan. Mereka turut memberi sokongan yang padu terutamanya ketika menyaksikan anak mereka berlari. Selain itu acara sampingan juga turut diadakan antaranya 4x50 meter wanita terbuka, lontar peluru lelaki terbuka dan acara ikat kaki wanita terbuka. Tahniah kepada para pemenang.