Sebenarnya tak sempat nak story dalam blog masa hari guru yang lalu.nie baru ade masa.itupun sebab program lepas pmr sedang diadakan so banyakla masa free. nak letak pamplet hr guru tu dulu pun ntah mana la aku letak so tulis mana yg ingat je la. yang pasti diketuai oleh badan pengawas n bidang kemanusiaan. so far okeyla utk tahun nie.di tambah lagi dgn uniform yg baru.memang cantik.tapi warna jela....nie tgk la gambar2 kandid ms hari guru 2010..pic kat atas tu sebelum acara perarakan guru2 ke dewan raflesia.nie antara geng yg kuat bergosip. di ketuai oleh jeng......jeng........cuba teka sape??
pic kat atas nie plak aku menanng kategori guru paling popular kah..kah..kah best ar.ntah sape la yg pilih.mesti bdk2 yg aku ajar tu kot.nak kata aku nie garang, kadang2 la....nak kata penyayang pun kadang2 ....so biase2 aje..mengamalkan sikap give n take...ape ke benda tu...oopss aku cikgu bm la bkn cikgu bi...
Dari Hati Seorang Guru
My Blog List
Monday, October 18, 2010
Langkawi 2010
Lagi 3 hari kami akan bertolak ke Pulau Langkawi. Teringat kenangan tahun lepas, kami ke sana menaiki kereta tapi sampai Kuala Perlis je la.Penat memangla tak payah cerita, shoping pun sikit je coz xmuat nak bawak banyak barang. Kali nie kami akan ke sana lagi tapi menaiki bas. lawatan kali ini disertai para pelajar dan guru SMK JP SHAS. lagipun wekend nie cuti Birthday Sultan Pahang. kami ke sana dari 22-25 Oktober 2010. So tunggula nanti saya akan uplod gambar-gambar yang menarik k. Pada 22hb Oktober 20101 kami bertolak pada jam 11 pagi ke Pulau Langkawi. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Firdaus Zainuddin. Kami berhenti di Masjid Kerdau untuk solat Jumaat dan setelah selesai bas bertolak. Malang tidak berbau, bas kami rosak ketika hendak menyambung perjalanan. Sabar ajela....Bas ganti datang hampir jam 4 ptg. Pemandu bas ok dan kami teruskan perjalanan. kami tibe di jeti jam 530 pagi. Solat subuh dan mandi sementara menunggu feri, kami bersarapan.
Lihatlah aksi anak-anak pelajar yang sedang menanti feri untuk ke Pulau langkawi.
Nie dalam feri
Peace...nie anak pelajar dalam feri menuju ke Pulau Langkawi.kami menaiki feri jam 715 pagi. Kami tiba di Pulau Langkawi jam 815 dan disambut oleh Pegawai koperasi pembangunan Pulau langkawi iaitu Encik tarmizi. Kami mengambil pakej untuk memudahkan pergerakan di sana. Kami terus memulakan aktiviti kami iatu lawatan ke kilang gamat.
inilah pemandu pelancong kami ketika di Pulau Langkawi.
tengok, tengah berasap gamat tu.
Tengok anak dara aku nie, pandainya berposing.
selepas shoping di kilang gamat kami di bawa ke Water World Langkawi. Tempat spesis burung, ikan, piguin dan cicak tokek pun ada. Itu ikan pari.Besarnya, kata Rizqin.Hampir satu jam setengah kami di sana. Hampir jam 12 tengahari kami di bawa menjamu selera di restoran ntah.Lupa nama restoran tu.Tapi mmg best ada ikan bakar. berhampiran dengan beras terbakar.
Sempat lagi kami berposing di Water World.
antara view di water world.
Pinguins
kawasan beras terbakar. kami tidak mengambil masa yang lama di situ dan lokasi seterusnya di Kota Mahsuri.
Di pintu masuk kota.
Gambar di hadapan rumah mahsuri.
Ini antara guru pengiring yang menyertai lawatan. Terima kasih cikgu Suzie dan cikgu Afida.
Wah! Duduk bersembang di bawah rumah mahsuri.Itulah dia Ustaz firdaus(Adik Haji) bersama pelajar Amirul Rizal Omar. Aktiviti kami berakhir jam 3 ptg dan semua pulang ke bilik penginapan utuk chek-in. Selepas ini aktiviti bebas. Bilik??Sedih coz kecil. Next year kalau pergi lagi harap En. tarmizi tak bawak kami ke penginapan nie.Hu3

Aktiviti malam tu bebas. aku bawak group membeli belah ptg n malam.sempat lagi malam tu kami ke terminal jeti utk makan kfc. Sambil tu, bawak anak-anak bermain kereta.
Aktiviti pertama utk hr kedua ialah Kilim Geopark n Mangroove. Kami di bawa melihat burung helang, ikan sangkar, dan pulau berdekatan seperti pulau kasut.
Di sangkar ikan. Lihat tu aksi memberi makan ikan pari. Jinaknya...
Sedang menanti ikan sumpit. Ikan tu akan menyumpit makanan yang kita bagi.
Gua Kelawar merupakan destinasi seterusnya.
Gua Kelawar merupakan destinasi seterusnya.
Lokasi Galeria perdana menjadi tumpuan kami seterusnya.
Sekitar Cable Car. Di Zoo mini cable car sebelum kami menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang.
Aksi cikgu Zul yg gayat....Jgn marah ha...Selepas menaiki cable car kami meneruskan aktiviti iaitu shoping di Idaman Suri. Xsempat nak ambik gambar kerana xcited membeli belah ha3.
dataran helang, merupakan destinasi terakhir lawatan kami di situ.....
Malam tu kami makan malam di dataran helang. Keesokannya kami menaiki feri jam 9.00 pagi dan terus menuju ke padang Besar.
Setakat itu sahaja cerita saya untuk tatapan semua.Insyaallah, tahun depan cikgu akan membawa pelajar-pelajar ke tempat yang lain pula.
Monday, August 23, 2010
Saturday, August 14, 2010
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam
Assalamualaikum..........
memang seronok bila dah ada blog sendiri.untuk rakan-rakan, boleh mengunjungi blog saya.Hari ini merupakan hari ke-4 kita berpuasa.Alhamdulillah kita telah diberi kurniaan untuk mengerjakan ibadah ini. Bagi seorang ibu yang berpuasa apatah lagi yang masih menyusukan bayi berusia setahun, memang amat mencabar. Sentiasa rasa lapar.Walaubagaimanapun semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk berpuasa pada tahun ini. Dua tahun berturut-turut saya melahirkan anak dalam bulan puasa. Tahun ini saya akan balas dendam untuk makan semua juadah istimewa yang tidak terdapat pada hari biasa.
Friday, August 13, 2010
Percutian Di Medan Indonesia
Assalamualaikum.........
Buat pertama kali saya dan keluarga bercuti ke Indonesia. Destinasi yang kami pilih ialah Medan. Percutian ini sememangnya telah dirancang terutama ketika jualan tiket ais asia yang murah ketika itu. Walaupun murah hampir RM2,000 saya menghabiskan untuk tiket dan bayaran pakej ketika di sana. Kami memang memilih menggunakan pakej ketika di sana supaya memudahkan pergerakan kami. Apatah lagi kami sememangnya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. kecualilah adik bongsu yang kerap ke Indonesia. Pendek kata, ketika kami di sana semua aktiviti telah diatur oleh agen pelancongan kami. Agen kami telah melayan semua karenah kami dengan baik. Jika ada raka-rakan yang ingin ke Medan saya memang ingin mencadangkan kepada mereka tentang agen tersebut. memang memuaskan.
Percutian kali ini turut disertai oleh guru-guru sMk Jp shas serta keluarga masing-masing. Seramai 16 dewasa dan 5 kanak-kanak menyertai rombongan tersebut. Kami bertolak jam 915 alam namun kapal terbang kami ditundakan kerana masalah teknikal dan kami berlepas hampir jam 1030 malam. Kami tiba di Medan 45 minit selepas itu. Waktu Indonesia lambat satu jam dari Malaysia. Saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika di sana.
Gambar saya dan cikgu Ain sebelum menaiki pesawat.
Perjalanan menuju tempat berlepas
Ibu saya turut serta dalam percutian kami.
Suami yang sedang mendukung anak kedua Raisha Syamimi
Saya sempat bergambar di sekitar lapangan terbang. masa ini rasa bersyukur sangat kerana telah selamat mendarat.
Ranainya yang sedang menunggu pemeriksaan kastam di Medan
Di sekitar tempat mengambil bagasi.
Antara bagasi kami sekeluarga.
Suami sedang chek bagasi.
Teksi di Medan
Bergabar dengan Dhah
Menunggu hidangan pada malam tersebut. restoran minang.
Pemandangan dalam restoran tersebut.
Kami sekeluarga
Perkhemahan Bersepadu SMK JP SHAS
Pada 6-8hb Ogos yang lalu, smk Jp shas telah mengadakan perkhemahan bersepadu.Hampir 250 orang pelajar menyertai aktiviti tersebut. aktiviti disertai oleh pasukan beruniform seperti pengakap, puteri islam, kadet remaja, pbsm dan pandu puteri. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.Nanti saya akan uplod kan gambar-gambar tersebut.
Aktiviti memasang khemah. Semua bergotong-royong mendirikan khemah. Pelajar dibantu oleh guru-guru seperti cikgu Duan, cikgu Wan dan cikgu Ema(tolong tengok aje la).
Pelajar (saloma) sedang mendokong anak cikgu ema yang sedang sibuk melihat pelajar memasang khemah.
Sempat lagi diorang berposing. antara pelajar seperti Masitah, azura, nasihah, saloma, ap dan aziana.Mereka memang rajin menjaga anak-anak cikgu ema.
Cikgu ema yang bersemangat dengan tshirt pengakap. maklumlah orang kuat pengakap.
Lihat tu! Nhat ape yang sedang diajar oleh cikgu wan. jangan ajar ajaran sesat sudah...he3
Gelagat pelajar mencari kayu api untuk memasak. Ada ke kayu api tu??
Ini hasil khemah yang telah didirikan. Nampak teratur. Agak-agak bertahan ke....
Subscribe to:
Posts (Atom)




















