Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Wednesday, September 10, 2014

Family Days SMK JP SHAS (19 - 20 Oktober 2013)

Assalamualaikum......
Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini. Semuanya disebabkan kekangan masa dan status saya yang masih bergelar pelajar. Walau bagaimanapun, saya akan cuba mengemaskini blog saya ini. 

Family Days kali agak simpe, dekat namun banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan. Aktiviti bermula pada 19 Oktober 2013 jam 8.00 malam. Majlis makan malam dengan disertai oleh pentadbir sekolah iaitu Tn. pengetua Romely Omar, En. Razmi Omar, En Asian Abd Wahab serta guru-guru yang berkesempatan menghadirinya.


Antara guru dan ahli keluarga yang menyertai makan malam akhir tahun pada kali ini


Antara menu yang disediakan


Sempat lagi posing sebelum acara makan malam bermula

Masih lagi diperlukan untuk mengacara majlis pada kali ini.

Selesai sahaja acara makan malam, guru-guru lelaki pula menyertai permainan Paint Ball. Pelbagai aksi dapat dilihat. Kami hanya sebagai penonton sahaja. Sory, gambar tak dapat nak letak. Kami pulang ke rumah jam 12.00 malam. Tidak menginap di Bkt Bendera Resort Mentakab Pahang  sebab rumah saya yang berdekatan dengan resort tersebut.


Antara rakan yang menginap di rumah saya. Jam 11.00 pagi kami ke Star Mall Mentakab bagi meneruskan aktiviti family day kami iaitu perlawanan bowling. 





statusku......

bertahun tak updates blog nie.

Thursday, April 19, 2012

program guru penyayang

http://www.youtube.com/watch?v=gmDQOliIDm8Seawal jam 6.45 pagi, semua guru dan staf telah bersedia menunggu ketibaan pelajar. Pelajar telah disambut dengan senyuman dan juga ucapan salam sitidari guru-guru

Tuesday, April 10, 2012

MERENTAS DESA 2012

Tempat : SMK JP SHAS
Masa : 8.00 Pagi

Bertempat di dataran SMK JP SHAS, larian merentas desa telah dijalankan oleh Unit Kokurikulum. Seramai 300 pelajar ting. 1 hingga ting. 5 telah menyertai larian tersebut. Bertemakan Kecergasan Membina Insan Cemerlang, amat bersesuain dengan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum pada tahun ini. Akhir kata tahniah kepada pemenang dan yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun akan datang.....


 

My Birthday 2012

12 Feb 2012, kami seramai 50 orang ahli keluarga Smk Jp shas telah menyertai perkhelahan di Kem Nusa. Aktiviti ini dianjurkan oleh KGS. Walaupun perancangan dalam masa yang singkat, namun aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kami sempat menikmati BBQ ikan talapia, daging bakar dan macxam-macam lagi. Memang sedap ditambah lagi dengan kuah air tangan ustaz Faez n Dhah. Itu baru air tangan kalau air kaki.....ha2 gurau je.....Sempat juga saya dan Cikgu Lily memotong kek sempena hari lahir kami berdua yang jatuh pada 8 Feb .... Selamat hari Lahir buat kami....



Makan Malam Akhir Tahun SMK JP SHAS 2011

Makan Malam Akhir Tahun SMK JP SHAS 2011

Tarikh : 16 Nov. 2011
Tempat : Rainforest 
Masa : 8.00 Malam
Sempena Majlis Jamuan Makan Malam pada tahun ini, kami barisan AJK KGS telah bersepakat memilih tema Arabic dalam majlis tersebut. Memang meriah majlis tersebut. semoga tahun 2012 nanti AJk Kgs dapat mengatur majlis yang lebih baik lagi......Tahniah KGS 2011