Dari Hati Seorang Guru

My Blog List

Monday, April 20, 2015

Family Day mini kami....family en suami

Assalamualaikum..............

percutian tanpa dirancang tapi mampu mengumpulkan hampir kesemua adik-beradik en. suami.
memang best di de rhu resort ni. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit dari bandar Kuantan.
Kolam yang agak selamat bagi kami. Sesuai untuk kanak-kanak terutamanya namun perlu pengawasan dari ibu bapa juga.

Sekiranya tidak menginap di resort, kita juga boleh bermandi-manda di kolam tersebut dengan kadar bayaran RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Murah kan.....



gambar di hadapan pintu masuk resort

sukalah tu......

kami di tepi kolam



kami sempat breakfast di sekitar de rhu resort

majlis perpisahan pengetua - En. Romely Omar


Assalamualaikum......

Bertemu lagi dalam catatan blog saya pada kali ini. Cerita yang lama. Namun seperti biasa, saya suka untuk berkongsi cerita. Bila teringat kembali zaman saya menyambung master di UKM, saya amat berterima kasih kepada pengetua saya ketika itu En. Romely Omar, GPK 1 En. Razmi Bin Omar dan antara GPK HEM yang saya hormati En. Asian Abd Wahab. Mereka telah memberi kerjasama yang baik terutama ketika saya memohon untuk keluar awal ke UKM dan sebagainya. Syukur akhirnya saya dapat mengenggam master dalam masa 2 tahun. di sini saya kongsikan paparan dalam majlis perpisahan pnegetua pada 27 & 28 Januari 2014. Lama dah kan tapi baru hari ini saya nak kongsi dgn semua.
Pihak asrama sekolah juga turut mengadakan majlis untuk beliau

Beliau turut memperkenalkan sistem punch card di sekolah

Berbalik cerita saya tentang pengetua ketika itu, beliau merupakan seorang yang cakna dan amat mengambil berat berkaitan kebajikan guru dan juga murid-murid di SMK JP Shas. Pendek kata beliau amat disayangi oleh pelajar dan guru-guru.

Sesi bersalam-salaman antara guru dan pelajar
Anak-anak pelajar


Kenangan terakhir




Majlis diadakan di Woodland Resort anjuran KGS

Antara hadiah dari keab guru




sempat lagi berposing

Monday, April 13, 2015

Seminar Bahasa Melayu di IPG Lembah Pantai Kuala Lumpur

         Cerita dah lama tapi baru ni sempat menulis. Bila rasa bosan, mulalah jari ni gatal nak mengetuk lektop kesayaganku.....

       Aduh, memang pening dengan tajuk thesis untuk PHD. I-Think. dahla tak berapa nak i-Think....so u-Think????. Help......Ditambah pulak dengan masa yang dihabiskan bercuti di Vietnam. Masa tu lah my penyelia mintak kami bentang paper. Bentang tikar boleh x prof????. HIHIHI.

         Sebelum bercuti sempat siapkan kertas konsep. Tajuk pembentangan kali ini ialah Keberkesanan I-think dalam Komsas Bahasa Melayu. Lega dha submit kepada prof. Tarikh 8 Disember 2014 sempatlah saya dan saahabat seperjuangan saya Wawa Salwa membentangkan hasil kertas konsep kami. Syukur.......

Majlis Perasmian. Antara ucaptama ialah Prof Awang Sariyan

Yang tu jejaka tampan Prof Zamri. Hihih. Kembang semangkuk kalau dia tau tu

Antara peserta dari UKM

sempat posing tu...



Hari kedua seminar



Sunday, April 12, 2015

Program Membaca 1 Malaysia

Program Membaca 1 Malaysia

Program tersebut diadakan pada 10 Jun 2014 secara serentak seluruh Malaysia.
Antara buku yang akan dibaca oleh pelajar SMK JP SHAS


























Saturday, April 11, 2015

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan UKM kali Yang Ke-4 di IPG Batu Lintang Serawak


 Hari Pertama

Seminar kali ini disertai hampir 40 orang pelajar Sarjana dan PHD. Tiket ke serawak awal-awal telah dibeli. Saya, Jun dan Wawa turut serta dalam seminar kali ini. Syukur, saya mendapat cuti CKS selama 2 hari dari pengetua dan JPN. Baru pertama kali saya gunakan CKS. Masa siapkan Sarjana dulu tak pernah pun aply sebab tak tahu. Pihak pentadbir sekolah lagi lah tak tahu. Sekiranya para guru yang ingin mengambil CKS, pastikan permohonan dibuat seawal sebulan sebelum tarikh seminar. Cuti CKS juga boleh diambil untuk exam, bengkel dan sebagainya. Boleh rujuk melalui kerani sekolah atau pun JPN bahagian perkhidmatan. Urusan dengan pihak JPN Pahang amat mudah. Tarikh 5-8 Mac 2015 dipilih untuk seminar kali ini. Memberi peluang kepada rakan-rakan di sana untuk menguruskan seminar kali ini.
Flight kami jam 12.00 tgh. Macam biasa sempat lagi posing sementara nak berlepas


janji dengan 2 orang makcik-makcik nie kat McDonald Klia2.
Dalam flight. Duduk sebelah Kak Jun
Minum dulu dengan Yun dan Wawa
Minum dulu sementara menunggu bas dari IPG
Antara ahli seminar yang sampai awal


Sesi bergambar selepas taklimat
pendaftaran penginapan  di IPG



makan malam
terima kasih kepada pihak asrama di IPG















Hari Kedua
Seawal jam 7.00 pagi kami telah berkumpul untuk program Lawatan ke SK Bau. Kami bersarapan di pekan Bau. Kecil sahaja pekan Bau nie. Makanan murah. Tujuan ke SK bau untuk mengadakan tinjauan berkaitan p&p Bahasa Melayu di sana.


Sarapan pagi di Pekan Bau
pamplet seminar
sebelum bertolak ke SK Bau
  
Taklimat dari pihak sekolah


Posing di pekan Bau

Prof. Madya Dr. zamri Mahmood dan Pengarah IPG Bt. Lintang


Seminar kali ini dirasmikan oleh Pengarah IPG Batu Lintang. Jam 3.00 petang seminar dimulakan dan berakhir jam 10.00 malam. Selepas perasmian, kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Sarjana dan PHD. Saya menjadi pengerusi majlis dalam kumpulan Sarjana.



Seminar berakhir jam 8.00 malam dan kami terus menikmati makan malam di kafe IPG. Jam 8.30 malam kami terus ke Waterfront untuk meneruskan agenda seterusnya......

nie lah agenda seterusnya



pastinya di kedai kek Dayang salhah m,enjadi pilihan


promosi nampak....